semalam aku berempat ke Rumah Titian Kasih.. hari ni, aku kepenatan lagi.. huhu
jam820am..
Hari ni kami ke ASDAF.. Asrama Darul Falah.. 15minit kemudian kami sampai.. perjalanannya tidak lah mengambil masa yang lama berbanding ke Rumah Titian Kasih semalam.. kerana kami hanya merempit untuk sampai ke Asdaf. hehehe
kalau kamu nak tahu pasal ASDAF.. kamu boleh klik link yang aku kasik. hahaha.. aku malas nak establish tempatnya.. so kalau kamu berminat ingin mengetahui dan mahu buat program amal or mahu jadi sukarelawan.. sila klik link yang telah diberikan.. hehee.. rajinkan aku establish tempatnya? lalala~ di Asdaf, udaranya sangat nyaman.. aku sukakannya.. dengan suasana disekeliling dipenuhi dengan hutan.. dan bunyi unggas serta kicauan burung, membuatkan hati aku tenang.. aku tegaskan.. aku betul-betul sukakan suasana nya..
hmm.. tentu ade yang tertanya-tanya kenapa aku tetiap hari pergi umah kebajikan masyarakat or anak yatim ni.. sebenarnya aku pergi kerana memenuhi syarat Ko-K yang telah ku ambil di UM.. subjek Khidmat Masyarakat.. so ia memerlukan aku pergi ke rumah anak yatim or kebajikan masyarakat untuk berkhidmat selama 20jam..
kalau nak berkhidmat lebih pun tak pe.. sukarelawan kan.. tak salah..
jam930am..
temubual bersama orang tertinggi Asdaf tamat. kami di bawa ke dewan makan untuk jamuan ringan (a.k.a sarapan pagi aku.. haha) dan selepas itu kami membuat lawatan sekitar Asdaf untuk menyenangkan kerja kami akan datang. hmm.. ia adalah sebuah bungalow lama. tapi tetap tersergam indah.
aku, as, nad, nab masuk dapur.. mengemas di dapur dan menolong akak-akak tukang masak memasak..
aku nak masak ke? tak lah.. aku hanya menolong kupas bawang, kupas kentang, potong sayur, mayang bawang, potong cili, kacau apa-apa yang patut.. hehe. seronok jugak. sebab aku tak pernah berpengalaman membuat semua ni.. sebab? aku selalu larikan diri semasa kenduri di kampung, hahaha.
nakal kan aku? hehehe.
jam1230pm..
siap pun memasak. fussshh,.. apa lauk nye? gulai ayam.. atau dikenali jugak dengan kari ayam.. waa.. aku suka.. kata ibu, budak-budak kaum orang asli suka sangat makan ayam. sebab kat tempat diorang susah nak jumpa ayam. asyik makan ikan je.. hehe..
kata aku dalam hati.." memang la.. dorang tangkap sendiri ikannya.." hehe
jom makan.. nyum..nyum..nyum.. best.. sehingga aku mahu menambah nasi.. tapi aku malu.. MALU TAPI MAHU..hahaha.. last-last aku tak tambah pun.. sebab aku memang sangat malu kepada semua orang yang ade.. huhu.. lagi pun diet laa sikit weyh.. gemuk susah nanti..
jam130pm..
sesi mengemas dapur dan dewan makan. kan dah makan dengan kenyang dengan lauk yang sedap-sedap dan best-best.. hehehe.. so kemas laa kami berempat dengan sekemas-kemasnya. tetibe As, Nad, dan Nab semua menjadi anak dara yang rajin.. hahahaha..
tapi korang tak boleh ganggu.. hihihi..semua dah berpunya.. lalalala~
jam300pm..
sesi mendekati budak-budak asdaf.. wooo.. group yang sebelum ni kata, susah giler-giler nak dekati budak-budak ni.. takut jugak.. tapi budak-budaknya sangat baik.. aku suka kan mereka. Syafina, Yati, Miyana, Catherina, Nurul, Mona, tak larat laa nak sebut ramai-ramai..hehehe.. pada hal aku tak ingat semua orang.. lalalala~
tapi yang paling tak boleh dilupakan.. sesi pendekatan ini dirakamkan oleh RTM untuk dokumentari dorang. aku ingat orang-orang RTM memain je.. rupa-rupanya betul.. adehlaa..
jam 430pm..
sesi kemas stor yang kotor dan berhabuk.. ;) aku beberapa kali bersin.. aku kan mana boleh terkena habuk.. huhu.. tapi hasilnya stor nya habis di kemas dan tiada habuk.. hehehe..
rajinnya kitorang.... tul tak? hehehe
kul600pm..
kami bertolak balik. waaaa.. sangat penat seharian di sini.. tapi seronok.. banyak jugak gambar-gambar yang aku abadikan.. tapi.. aku malas lagi nak upload.. ade masa+rajin.. aku upload masuk..
esok nak kena datang lagi ke sini..
kalau korang senang-senang boleh pegi sana.. sangat mendamaikan tempatnya.. hehehe.. aku suka kawasan hutan..