RSS

Sesi menanda jawapan.

Ya. Hari ini bermula sesi menanda jawapan pelajar.


Berhenti. Termenung sejenak.
Tak larat nak tanda. Sebab? Jawapan yang diberikan sangat membuatkan aku teruja mahu memberhentikan kerja-kerja menanda ini. Sakit kepala aku ni haa.. Kenapa lah kamu ni jawapan main taram je. Boleh jawab elok-elok tak?

A star. A +. Atau semua jenis A...
Harap ada seorang. Tapi setakat yang di tanda, haram mahu jumpa. Ni kira kelas ke-4. Esok, sesi menanda kertas jawapan pelajar kelas ke 9 dan ke 10. Tu lagi la.. Ya Allah. Kuatkan semangat dan hati seorang ustazah ni. Terasa ingin ketawa kuat-kuat melepaskan kesopanan yang ada. Huh!

Semalam.
Bercakap dengan en. Hati, mahu berhenti kerja. Nak jadi suri rumah. Haha. Jawapannya ; Senyum memanjang. Haisshh.. Boleh plak U senyum macam tu kat I.. Huh!

Menghitung hari.
Tinggal 12 hari lagi. Wah3. Ni memang hitung betul-betul ni. Kuang-kuang-kuang. Tak pe. Selamat menghitung hari di ucapkan pada diri. Ngeh3.

Harapan.
Semalam masuk kelas ngan penuh harapan. Cakap kat pelajar, jangan lupa baca buku dan ulangkaji apa yang ustazah ajar. Jawapan pelajar ; Malas nak baca buku. Boleh korang jawab macam tu dengan ustazah. Baiklah. Ada yang nak kena hempuk ngan aku bila jawapannya pelik-pelik. Hahaha.
Walau bagaimanapun, harap sangat pelajar dapat jawab ngan baik. Good luck!






Nota Pinky ;
"Rasa pening dan nak termuntah tengok jawapan pelajar + tulisan doctor profesional tahap maksima. Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: