RSS

15 hari lagi.

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.


Hari ni, hari Sabtu. Tapi terpaksa berada di sekolah.
Ya, hari ni sekolah ganti. Terasa sangat malas. Tapi ku gagahi juga. Kan dah cuti tempoh hari. So hari ni kenalah ganti. Hati memujuk diri. Senyum.

Sekarang, sedang menghitung hari.
Ketawa. Ya. Aku sedang menghitung hari, jumlah waktu yang patut aku bertugas di SMKUR. Harap sangat dapat posting dalam pengkhususan yang sepatutnya. Tidak tahu ingin macam mana bila berada di tempat yang sepatutnya bukan di isi oleh diri sendiri.

Perlu study. Perlu baca buku. Perlu membuat persediaan yang banyak untuk melangkah kaki ke dalam pertanyaan para pelajar yang macam-macam soalannya. Terasa tanggungjawab itu berat.
Berat? Atau kamu yang tidak dapat menerimannya? Tidak ikhlas. Kedengaran hati bersuara merdu. Ketawa.
Jawapan bibir. Ya. Aku tidak mahu berada di tempat yang tidak sepatutnya. Tidak suka. Tidak selesa dan macam-macam tidak. =P

15 hari lagi, sabarlah wahai diri.
Tamat perkhidmatan pada 31 March. Tidak sabar untuk menunggu waktu itu. Yeah! Cepatlah masa berlalu.
5 hari adalah waktu peperiksaan. Yeah! Tidak ada pNp yang berlangsung. Hanya berbaki 10 hari untuk menyambung pNp yang masih tidak terkejar silibusnya. Huhu. Harap dapat mengejar silibus dan habis tepat pada masanya. InsyAllah.

Harapan.
Sangat berharap agar Allah menghantar aku ke sekolah yang ada pengkhususan ku. Dan harap sangat, rezeki berpihak pada ku. Amin. Moga Allah murahkan rezeki kamu wahai diri. =)






Nota Pinky ;
"Kamu tahu, sekarang sedang pening memikirkan pelajar-pelajar yang mempunyai 2 identiti. Huhu. Susah nak handle dorang ni. Siapa mahu bantu?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Unknown said...

oo dah de tarikh akhir berkhidmat rupenye..pastu rest puas2 ye :)

piNky LuCiA said...

Dia memang bagi tarikh mula ngn habis. Masa terima surat tawaran hari tu lagi ha...

Tak sabar nak habiskan interim ni. huhu

Henry Zackery said...

gud luck :)BLOGGER PILIHAN [ PANDANGAN PERIBADIKU ]

piNky LuCiA said...

Terima kasih.. =)