Ya.
Sekarang cuti perlu dikongsi dua. Kalau dulu, asal cuti je, balik Terengganu. Asal cuti, balik Terengganu. Tapi sekarang, lain ceritanya. Sebab cuti lepas sudah balik ke Terengganu selama 1 bulan. Haha. Sekarang, giliran Kedah menyusul.
Tidak setuju dengan pendapat kawan.
Semalam, bila di tanya oleh kawan. Aku menjawab. Cuti kali ni, giliran balik Kedah. Terengganu sudah balik tempoh hari. Mahu bersikap adil dengan suami. Barulah tak de dalam hati tak puas hati antara satu sama lain. Kan. Jawab kawan; "alah, tak payah giliran-giliran. Cakap je kat suami, biasalah. Sekarang mana ade orang guna adil-adil dah. Balik kampung ikut cuaca lah."
Aku ketawa.
203% Tak setuju.
Kawan, memang kita ni isteri, ya memang kita ada kuasa untuk memujuk si suami. Dan biasanya pujukan itu akan membuatkan suami cair dan mengikut kehendak kita. Tapi, kamu kena ingat kawan, berkahwin adalah satu perkongsian. Bukan sahaja perkongsian rumah, bilik tidur, makan minum, hatta keluarga dan cuti juga kita perlu berkongsi. Jangan bersifat pentingkan diri sendiri sahaja. Bukankah sewaktu mula-mula kahwin dulu, kita sudah bersedia untuk berkongsi? Bagi orang lain, memang tak de apa-apa makna kot. Tapi bagi aku, ia penuh ngan 1001 makna. Aku lakukan ini, supaya rumah tangga akan rukun dan damai.
Bukankah begitu sifirnya?
Aku harap, aku dapat menjadi isteri yang adil.
Bagi aku, bila kita adil dengan suami, suami juga akan adil dengan isteri. =) Sifirnya mudah. Apa yang kamu bagi, itulah yang kamu dapat.
Oleh itu, jom kita balik Kedah dengan penuh semangat. Hehe.
Destinasi pertama ialah USJ 16.
Kenapa plak USJ 16? Sebab sementara menunggu en. Hati mengambil exam, aku bercuti di rumah sepupu bersama anaknya Sabrina, si hitam manis. Senyum.
Destinasi kedua ialah Baling, Kedah.
Harap dapat balik ngan selamat. dan menghabiskan cuti dengan penuh ceria. En. Hati sudah rindukan emaknya. =)
I pun rindu jugak kat mak i, tau... :S
Pesanan untuk en. Hati.
Selamat menjawab exam, Sayang. Anugerah dekan tau.. =)
Nota Pinky ;
"Kesihatan tidak menentu 2 3 hari ni. Harap dapat meneruskan perjalanan dengan meriah dan tidak ada aral melintang. Kau rahmatilah perjalanan kami, Ya Allah. Aminn.."
0 comments:
Post a Comment