RSS

Cendol Bakar

Ya.

Aku mahu bercakap tentang cendol bakar.
Telah lama aku memerhatikan kain rentang di bahu jalan yang mengiklankan "Cendol Bakar - Refeil percuma - 500m dihadapan".
Hati terdetik. Macam mana laa cendol bakar ni? Adakah dia macam uniknya Aiskrim Goreng?

Suarakan pada rakan serumah.
Niat untuk minum cendok bakar, aku tangguh kerana masa melihat kain rentang itu, aku berpantang baru 44 hari. Huhu. Dan aku pendam je keteringinan hati untuk menikmati cendol bakar yang menarik perhatian aku itu.
Dan pada suatu hari, aku suara kan hasrat hati pada rakan serumah. Dan kami plan pada hari tertentu kami akan sampai ke kedai itu untuk menikmati cendol bakar. Senyum tanda puas hati.

Tiba lah hari yang dinantikan.
Sampai juagk akhirnya ke kedai cendol bakar. =)
Soalan pertama rakan serumah, "Cendol kat sini, dia bakar macam mana?"
Pelayan yang mengambil order terkebil-kebil tidak faham. Kami bertiga saling berpandangan. Soalan diulang sekali lagi. Tapi dalam bentuk yang berbeza, tapi makna yang sama yang mana ingin mengetahui macam mana cendol bakar di buat. "Cendol kat sini memang bakar eh? Masak macam mana eh boleh jadi cendol bakar?"
Sekali lagi pelayan yang mengambil order terkebil-kebil. Kami bertiga sekali lagi berpandangan tanda tidak faham juga.

1 minit kemudian.
Aku terperasan sesuatu di dinding kedai. "Terima kasih, dari En. Bakar."
Ku segera menunjukkannya kepada kawan-kawan. Kami bertiga ketawa sama-sama. Boleh plak salah faham.

Maksud sebenar.
"Cendol Bakar" = Cendol yang di buat oleh En. Bakar.

Walaupun dah salah faham, 1 perkara yang tidak mengecewakan ku adalah cendol itu sendiri sangat sedap. =) Aku tidak mahu marah lagi. Bahkan menikmati cendol itu dengan penuh berselera. Haha. Ketawa sopan.

Kesimpulannya.
Jangan cepat menilai sesuatu yang kamu nampak tanpa mengetahui asal usulnya. Adalah lebih baik kamu menyiasat dan mengetahui maksud tersirat di sebalik semua perkara. Kan?







Nota Pinky ;
"Oh! Tipah tertipu. Ketawa pada diri sendiri yang salah menafsirkan apa yang dilihat. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: