RSS

teknologi dalam pendidikan islam.

awal sem..

teknologi dalam Pendidikan Islam. semua orang takut ngan subjek ni. semua orang bercerita tentang subjek ni yang sekali sekala memeningkan otak. dan di warwarkan jugak, subjek yang susah. lecturernya pun rigid jugak.

komen aku : hentam jela. nak ke taknak, aku kena ambik jugak subjek ni. lagipun bab-bab teknologi ni, aku suka hentam jugak. haha. nak-nak kalau benda baru. aku suka sangat godek. kalau tak faham, cari laa cikgu suruh ajar aku. apa susah. haha.

komen kawan-kawan : alaa.. ko tak pelaa. ko pandai. (dalam hati aku, aku sebenarnya tak pandai. tapi action berlagak pandai. hohoho.)


pertengahan sem..

walaupun cerita demi cerita aku dengar telinga kanan, keluar telinga kiri. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. dan macam-macam ragam pendengaran lagi. tapi, tetap aku tak rasa yang ianya susah. mungkin sudah setting di minda bahawa walaupun sesusah mana pun subjek ni, aku tetap akan harungi jugak. lagipun aku kan suka main-main dulu baru buat ngan serius dan betul-betul.

dalam subjek ni, ustaz Hashimi dan Ustazah Lina sangat banyak memberitahu tentang pengetahuan yang aku tak tahu. dan aku suka untuk tahu semua tu. hehe. dan aku suka tahu apa yang aku tak tahu. kekadang aku marahkan diri sendiri sebab dah tua-tua macam ni pun aku tetap tak tahu banyak perkara. sebetulnya aku dah mahir untuk mengaplikasikan semua benda sebab aku dah banyak pelajarinya di kusza dulu.

tapi!
dulu aku banyak main. sekarang aku rasa menyesal. tapi dah tak guna dah. so catch up apa yang aku tak dapat jela.


akhir sem..

aku 50% mengakui bahawa subjek ni agak complicated untuk di tempuhi. tapi ia bukan 100% complecated. haha.

sebab?
sebab hanya teori-teori pembelajaran sahaja yang merumitkan keadaan dan situasi otak untuk berfikir. yang selebihnya, releks-releks saja.. hehe.

tapi...
kalau nak uji tahap kemampuan ilmu yang ada bila mempelajari subjek ni, ilmu aku amatlah tipis. sebab aku rasa masih banyak lagi yang belum aku terokainya. dah namanya teknologi. so banyaklaa yang berteknologi yang belum aku tahu. nak kena berguru ngan ramai lagi manusia yang pakar. hehe

tak pe. yang penting, aku bangga dan kagum dengan ustaz Hashimi dan ustazah Lina, sepasang suami isteri yang bekerjasama menjayakan subjek ni. walaupun antara mereka terdapat banyak perbezaan yang mengelirukan otak aku ni. haha.

yang aku tahu bila ustazah Lina kat depan, dia sangat cantik. lalalala~ mesti ustaz bangga dapat isteri cantik macam ustazah Lina. hehe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

pinky lucia..

cantik kan ustazah tu?
tak nmpk mcm 40 an..

mereka itu abg n kakak ipar saya ;)

piNky LuCiA said...

yeke nur? hehehe.. wah, bertuah jadi nur. dapat kakak ipar cantik.. hehehe

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

tula. dah la cantik pandai masak.. abg nur tu garang ke pinky?

piNky LuCiA said...

mesti sedap kan ustazah lina masak.. tak grang pun.. sopan dan lemah lembut je..pastu kalau tegur, berhikmah. hehe.

dia garang ngan nur ke?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

taklah...akak ipar yg best! slalu tukar idea terutamanya mcm2..haha!

piNky LuCiA said...

wah.. syoknya ade akak ipar mcam tu.. hehheehe.. nak jugak laa 1.. hahaha..

tapinya... macam mana eh. abg tak de.. wink~ =P