hmm.. nampaknya musim orang kahwin datang lagi. banyak jugak kad jemputan aku dapat. tapi aku tak janji aku akan datang. sebabnya aku ni susah la. tak de kenderaan. kalau ade transpot sendiri kan syok. setakat ni, aku pernah pegi kenduri kawin kawan-kawan, hmm, jap aku fikir. sebab kadang-kadang je pegi. so nak kena fikir dulu. adeh!
hmm, sakinah. noni. mizan (sebab dia sepupu aku. haha).
yang lain. tak pegi. diorang kawin tak ikut timing aku laa. asik aku ade keje dan tak dapat balik je. huhu. mana aku boleh pegi. (ceh! tak tahan statement, dorang kawin tak ikut timing aku. macam laa aku orang penting sangat.! haha)
aku teringin nak pegi ke semua rumah memenuhi jemputan. tapi. kekadang masa tak mengizinkan. transpot tak izin. ade jela benda yg tersekat. aku bukan sengaja tak nak datang. aku pohon maaf. aku hantar doa jela. hehe. semoga hubungan yang terbina akan dirahmati oleh Allah selamanya.
member sekolah menengah. pandai orangnya. sitah ni ayah nya rigid bab-bab pemilihan pasangan. tapi akhirnya, kawin jugak dia. hehe
kakmiza. bukan setakat senior sekolah menengah. senior masa diploma. senior masa degree jugak. dia memang baik ngan aku. ala-ala kakak ngan adik angkat gitu. hehe
majlis kawin atie.. kawan sekolah menengah. aku tak berapa baik dengan dia. puas aku fikir siapa dia. last-last aku ingat jugak. aku ni, bab-bab ingat nama orang, hilang akal sikit. haha
ni plak yang ina punya. comel orangnya. kuning langsat kulitnya. dia juga senior aku time sekolah menengah sampai degree. budaknya baik. tak macam aku, yang nakal ni. aku tak pasti, bila plak aku baik dengan dia. haha. sedar-sedar dah baik ngan senior. kakaka
hmm, kepada semua yang menjemput, kalau aku tak pegi, jangan laa kecik hati. aku mintak maaf. tapi aku dah janji akan buat yang terbaik untuk kenduri kawin Farha. hmm, so bermula dari sekarang, apa hadiah aku nak kasik, aku dah kena fikir.. siapa ade suggestion..
angkat tangan.
2 comments:
Nanti kad ha bulan 12 baru ha publish kat FB heheh~
hehehe.. ku menanti kad kawin mu bulan 12 nnt di fb.. hahaha
Post a Comment