RSS

manusia. manusia.

bila kita dalam kesusahan, semua orang menjauh.
bila kita senang, semua orang dekat.
manusia. manusia.

tak kira lah yang alim ke. yang alimah ke. yang rock ke. yang rocker ke. kebanyakkan manusia memang macam tu. dah jadi lumrah dunia. kan?

kekadang aku terasa.
mungkin kerana kebodohan aku. mungkin kerana ketidakpandaian aku.
tapi, aku jugak kena terima. itu adalah kelemahan aku.

ya!
aku berkecil hati. tak pe. hanya hati ku sahaja yang kecil.
aku tidak suarakannya keluar.
mungkin kerana tidak mahu memperbesarkan keadaan yang sedia rumit.

rumit ke? ntah!

tapi kata mak, kalau orang tak sudi, jangan terhengeh-hengeh. sebab ramai lagi yang sudi. bukan susah pun. cuma perlu melangkah ke hadapan dan jangan menoleh kepada orang yang tak sudi. senang je kan?

senang.
mudah.
dan lakukannya.

mak cakap, aku terlalu naif dalam menilai manusia. semua aku nak percaya. semua aku nak bersangka baik. kekadang kena jugak bersyak wasangka.

tak.
aku tak suka memikirkan yang tidak elok tentang orang.
aku lebih suka tidak berfikir langsung.
kerana bila aku start fikir, aku akan start untuk membenci.

bagi aku, biarlah ia di telan dengan debu-debu angin yang membawa sakit di hati.

hmmm, mungkin aku sudah tua.
kerana itu hati aku cepat terasa. haha. stop perasan tua, boleh kan? haha.
dah, kalau dah umur meningkat tua, mengaku jela.
jangan nak berlagak macam budak-budak or berlagak muda dengan mengambil peduli dengan semua perkara yang remeh temeh.

bergaduh perkara yang remeh temeh, tidak tersenarai dalam kamus hidup aku. haha.
betul ke?
malas nak fikir lagi.

bertolak ansur laa sikit-sikit.
kan?

dah namanya manusia.
memangla mereka akan dahulukan keperluan mereka dari keperluan orang lain.

itu aku tahu.
dan aku perlu terima kenyataannya.

senyum.
diam.
pasrah.
menyedut nafas menggunakan hidung.
dan menghembusnya melalui corong yang sama.
sedut kembali. hembus melalui bibir munggil ku.
sedut.
dan kembali menghembus nafas menggunakan mulut perlahan-lahan.

lega.
senyum lebar.
mata bersinar. =p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: