RSS

MAHA

tepat jam 432pm. hp ku berbunyi. sms dari en.Hati kesayanganku. =) mengajak ku ke MAHA. aku yang masih blur-blur tentang MAHA ni bertanya,

"Yang, MAHA tu apa?"

en.Hati plak, bukan jenis yang banyak bercakap. maklumlah lelaki macho yang hanya suka tersenyum je katakan.. katanya,

"i tak tahu laa nak cakap dan terangkan kat u."
"kalau macam tu. jom la. biar i tengok sendiri."


hmm, aku tahu MAHA ni dari Asma. dan jugak dari blog Jard. tapi aku masih blur-blur lagi apa tu MAHA. dan semalam, aku tahu apa tu MAHA. haha. ketinggalan zaman sungguh aku ni. ish3. nampak sangat aku tidak mengikuti perkembangan semasa di sebabkan oleh exam yang melanda dan setelah habis exam, aku merayau tak tentu hala plak. menyebabkan aku makin tak tahu perkembangan dunia Malaysia.. (credit to Asma dan blog Jard kerana telah memberi info kepada ku. ngeh3.)

aaahh... persetankan semua tu. semuanya alasan semata-mata. haha.

yang penting, sangat bahagia berada di sana. aku bukan tengok orang pun. aku tengok en. Hati je. hensem berlipat kali ganda plak hari ni. pelik aku. makin aku tengok, makin hensem. padahal haram tak hensem pun, kata salah seorang kawan aku. haha. hensem tu bukan ade kat mata kamu. tapi ade kat mata aku. haha. kerana itu aku yang jatuh cinta. bukan kamu. haha.

apa yang menarik di MAHA ialah tentang pelbagai jenis tumbuhan dan bunga-bungaan. hahaha. aku suka tengok bunga. cantik. terutamanya orkid. wah!. ade yang besar. ade yang kecik. macam-macam. naik rabun aku tengok. haha. semua cantik-cantik. tapi aku ni bukan jenis yang suka kat bunga. tengok suka la. tapi kalau kasik or simpan, no. tak suka.

pelik. tapi benar.

pastu MAHA ni besar. kitorang tak habis pun tawaf. tapi aku dah penat dah. dah tak larat nak jalan dah. so decide untuk balik.

terima kasih kepada en. Hati. aku suka. aku bahagia. =) kini, aku sedang tersenyum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

MY HEART said...

Penatkan jalan2 kat MAHA. kawasan dia besar ya ampun...

salam kenal, jalan2 dan singgah sini ^_^.

piNky LuCiA said...

a,aa kan. kawasan dia... ya Allah. gedabak besar, sakit kaki2.

salam kenal jugak. =)