bukan sahaja besar. tapi sangat besar tanggungjawab nya. sangat-sangat laa berat. tak tahu nak cakap macam mana beratnya tugas + tanggungjawab ni. kekadang ada jugak terfikir nak quit je dari pegang amanah ni. tapi, tak de orang nak gantikan laa plak. huhu.
menjadi seorang bendahari umpama menelan batu seberat 1000 kg ke dalam perut. tak mampu nak bawak. tak mampu nak tampung. tapi orang kasik jugak tugasan ni. hal ehwal duit ni bukan boleh di buat main-main. hilang 10 sen pun kena tanggung akibatnya.
dah 2 hari aku key in data duit-duit ni. dah naik nak muntah dah aku buat. macam nak termuntah duit je rasa. (haaa, yelaa tu. kalau aku termuntah duit, tiap-tiap hari aku nak muntah. tak yah pegi keje. tak pening-pening macam mana nak dapat kan duit. hahaha). duit SEM 4 + SEM 5 + SEM 6 + SEM 7 + SEM 8. Adoi. pening kepala aku. semuanya nak kena jadikan dalam bentuk hitam puteh. aku plak, bukan belajar dalam bidang akauntan. kalau belajar, cepat sikit buat keje. ni.... lambat mengalahkan kura-kura berlari.
ade sesetengah orang, berbisik + bertanya khabar angin + cakap-cakap kat belakang. mana pegi semua duit. asyik kutip duit je. program tak de pun. dah bayar yuran, tapi kena bagi sumbangan lagi.. memang aku agak terkilan dengan soalan dan desas desus begitu. tapi ade effect kat aku tak. jawapan aku, TAK. hahaha. malas nak fikir apa yang orang kata. janji aku jaga dengan elok. hihihi.
jangan bimbang, saudari-saudari yang bimbang. semua nya aku jaga dengan rapi dan di simpan selamat di dalam peti besi yang bernama BANKKY.. hehehe..
ni pun masih tak siap lagi pasal list nama orang yang belum bayar yuran. tapi aku dah tak larat nak fikir dan kira dah. sambung esok laa plak. lagi pun dah lewat ni. haha. (baru kul 11. malam masih muda laa.. kata en.Evil dalam hati. ish3.. kena tidur awal untuk bangun subuh. pangkah Miss White.. lalalala~)
so tidur dulu. nanti aku kemaskini akaun SMPI esok ye. kepada YDP, jangan banyak songeh ea.. aku dah pening ni. nanti aku marah ngko lagi. hahaha.
selamat malam. =) lalalala~
Dugaan.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment