pink. pink. pink.
aku suka pink. tapi aku tak obses pink. aku suka pink. tapi aku tak terlalu excited mahu kan semua benda pink. hahaha.
Pija tanya, asyik pink je. tengok kat atas tu.. dia jealous kot aku suka pink. hahahaha. ini gara-gara aku cakap aku nak beli motor kaler pink. cantik... serius. aku tengok motor kaler pink tu masa survey motor ngan kekanda tempoh hari. haha.
tapi jangan bimbang. aku hanya berangan je nak memilikinya. tapi aku tak boleh. sebab lesen motor pun tak de. bukan setakat tak de. nak bawak motor pun aku tak pandai. tapi tak pe. suatu hari nanti, aku akan pandai jugak. aku percaya pada diri sendiri.. hehe.
aku jawab kat Pija..tapi jarang perempuan tak suka pink. kalau ade pun, peratusannya kecik je. contohnya semalam, as cakap, kakak ipar dia tak suka pink. kakak ipar dia suka kaler gold. dia sangat tak suka pink. haha. dan tak boleh kalau tengok orang pakai pink. huhu. kalau dia jumpa aku, mesti dia mabuk pink. haha.
ade jugak blogger perempuan yang tak suka pink. tapi aku lupa siapa. aku pernah ziarah blog nya.cuma tak follow je dan langsung tak meninggalkan link. hehehe. jadi silent reader je. aku pun tak tahu kenapa. haha. kurang pasti ngan diri sendiri.
so setakat ni, aku hanya jumpa 2 orang. dan kebanyakkan perempuan hanya natural menyukai pink.
kenapa eh aku suka pink?
- kaler pink, kaler yang comel. (walaupun kekadang aku sebenarnya tak lawa pakai pink sebab aku lebih sesuai pakai biru. hahaha. kekanda yang cakap.)
- kaler pink membuatkan seorang perempuan sangat cute. (hahaha. yeke? itu perasaan aku je. lalala~ perasan!)
- pink itu lambang jiwa aku. kerana pink bermaksud nakal. (aku memang nakal macam aku. lalala~)
- yang paling penting, pink itu menawan. (tepuk tangan siapa yang setuju..)
aku senyum simpul. haha. terasa bahagia dengan penerimaannya. dan hidup menjadi pink serta merta. haha =)
0 comments:
Post a Comment