RSS

selamat hari raya 2010

malam ni aku nak balik rumah... setelah menunggu sekian lama. kawan-kawan semua dah balik lama dah. terasa jealous yang memuncak di dada. geram. kalau tak kerana gara-gara aku nak jadi budak baik, mesti aku dah ponteng dan dah seminggu aku bersenang lenang dengan mama and papa yang tercinta.. ngeh3.. (eh, sejak bila plak mak n ayah aku jadi mama n papa ni?) dush3..

hmm, apa yang aku nak bawak balik ye? baju yang aku pakai dan baju raya pink 1. pastu kitab tafsir mak 10 jilid dan jugak kueh raya. hehehe.

balik kL nanti mesti berlenggang. sebab tak bawak barang pun. lalala~

memandangkan aku balik kampung 2 minggu dan kat rumah tak de internet. line phone kat rumah pun 2 minggu ada line, 2 minggu tak de line. ni gara-gara mat gian laa.. asik duk curi cable phone je. kick baru tahu. hm, tapi tak boleh salahkan mat gian jugak. kalau si pembeli tak nak beli, mesti mat gian tu tak curi dah. kesian kat telekom. asyik kena pasang cable je keje nya. 2 minggu sekali pasang cable. ish3.. so guna laa prabayar celcom or maxis. senang. mudah. tak payah pakai cable. haha.

panjang plak aku bebel pasal mat gian ni. sambung sikit lagi laa.. hehehe. kalau nak pakai strymix pun, aku rasa sama je. mesti nak kena guna line phone jugak kan? kalau macam tu, kalau nak guna ternet, baik aku ke bestari.com je. iaitu CC percuma di kampung sebelah. hahaha. lembab sikit pun tak pe laa.. percuma kang...

hmm.. kalau dah start membebel, aku bukan reti nak berhenti. huhu.. so di kesempatan yang ada, aku mahu mengucapkan ;

SELAMAT HARI RAYA.
MAAF ZAHIR BATIN.
KEPADA SEMUA YANG KENAL AKU & MEMBER MAYA AKU.

aku ni insan yang hina je. yang banyak buat salah. so aku harap, kalian maafkanlah aku. kekadang aku tak sedar apa aku buat. tapi kekadang, aku sengaja. hihi. sengaja atau pun tak, aku harap kalian semua sudi memaafkan aku. kekadang aku buat salah, walaupun aku tahu itu salah. tapi semua aku buat bersebab. kalau tak puas hati, datang jumpa aku. straight to the point. senang. settle. habis cerita. hehehe.
sekali lagi..
SALAM AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
BALIK KAMPUNG ELOK2 SEMUA..

salam lebaran dari ku, Ustazah Pinky.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: