RSS

sepatutnya aku dah balik!!!

hari ni sekali lagi aku pegi kelas yang batal. hmm.. hari-hari asik pegi kelas batal ni. adeh. geram hati ni, Allah je yang tahu betapa geramnya hati aku ni... =(

kalau lah aku tahu, lecturer nak batal kan kelas.. aku dah balik 27hb tempoh hari. penat aku tunggu kelas seminggu. aleh3, pegi kelas, bersiap cun-cun, cantik-cantik, lawa-lawa.. aleh2 kelas batal. hari ni pun sama. tetiap hari keje nya melawa, pegi kelas yang di batalkan. hangin betul aku. huhuhu.

kalau ye pun nak batal kan kelas, gtahu laa awal-awal. aku angin bukan apa. sebab 1 minggu aku ada kat kL dengan sia-sia. kalau aku balik rumah, boleh jugak berbuka ngan mak. temankan ayah. masak-masak. (eleyh, bukan pandai masak pun. hihihi). jahit baju raya yang memang tak jahit lagi tu. susah jugak jadi tukang jahit. baju asyik tak siap-siap nak jahit. hihihi.

raya kali ni agak-agaknya baju pe ye yang aku nak jahit. hehehe. ngah memikirkan nya lagi. walaupun dah lama dah aku fikir-fikir yang tak dapat jawapannya lagi. huhu. siapa ade suggestion???

sebenarnya aku dah pun dapat baju raya. colour pink lagi. colour kegemaran aku. hmm, pada awalnya, memang agak malu untuk memilih dan mengambil barang pemberian orang. lagi-lagi orang yang tak biasa dengan aku. bukan aku tak nak terima. tapi seganlah. huhu. orang keje susah payah nak dapat kan duit, tetibe aku nak habiskan duit dia. tapi setelah di paksa, aku merelakan juga. huhu.

masuk dalam kereta, aku ngan fazilah tutup muka ngan bantal. terharu+malu. haha. mana ada orang lain yang pernah beli baju raya kat aku lagi selain mak. haha. nak tergelak pun ada. punya laa tak tahu nak letak muka kat mana. huhu. rasa macam tebal semacam je muka ni. lalala~

tapi tak pela.. orang berbudi kita berbahasa. orang memberi, kita merasa.. aku tak dapat nak balas apa-apa. yang boleh, aku hanya boleh doakan rezeki dia bertambah murah dan moga Allah melindungi dia sepenuh masa.. =) kerana dia dah buat orang lain gembira..

hmm.. terkenang kan baju raya, baju raya kat rumah belum dijahit. dan adik aku duduk bising nak buat kueh raya. resipi pun belum aku cari lagi. dah search sikit-sikit. tapi malas nak save lagi. haha. boleh plak macam tu. boleh. aku benarkan. lalalala~

hmm, sepatutnya aku dah balik time ni. membazir masa aku duduk kat kL ni. bukan ada parents or family pun. adeh. geram betul. sakit hati dan frust tak habis lagi ni.. huhu. lagi-lagi semua member dah balik. lagi laa aku sakit hati. ish! geram betul la.. tapi, tak pela.. may be ade hikmah tu.. redha laa dengan apa yang berlaku. =) senyum-senyum selalu.

tapi hati aku tak habis lagi mengatakan "SEPATUTNYA AKU DAH BALIK KAMPUNG TIME NI. GERAM BETUL AKU!!!"

mulut plak kata, "sabarlaa ade hikmah tuuu."

mana aku nak ikut? hmm.. sepatutnya aku dah balik kampung time ni! arggghhhhh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Azuan said...

aku pun rasa minggu depn mesti byak kelas btal hohoo..

piNky LuCiA said...

hahahaha.. minggu depan apa nya.. hari ni dah start cuti dah.. hehehehe

DeQku said...

Sama ah ngan aku...minggu ni banyak giler kelas cancel. Dah siap cantik3, g kelas jalan kaki for almost quarter an hour,alih3 smpai..kelas cancel...aaaaaaahhhh!!

Tp itu sudah tidak difikirkn lg..mlm ni aku balik..yeah! Ngko balik bile?

piNky LuCiA said...

aku balik malam esok.. huhu.. nyampah betul. dah laa 17 dah kena datang balik da kL.. huhu