lalalalala~ hati menyanyi riang. apa yang hati sedang riangkan pun aku tak pasti. yang penting, hati ini memang ngah bahagia.. hehe. alhamdullillah, syukur kepada hadrat Ilahi kerana Dia mengurniakan aku kegembiraan dan kebahagian yang tidak pernah ku rasa sebelum ini. hehe.
kegembiraan itu tak lama.. tepat jam 1.35 petang, ku masuk ke kuliah histo. menunggu lecturer dr. Pooya datang. kuliahnya jam 2 petang. tak pe. aku selalu je lambat semenjak 2 menjak ni. so apa salahnya aku datang awal hari ni. hehe. detik hati ku.. (baik ko hari ni pinky.. kan?) senyum sumbing sorang-sorang.
ku godek blog-blog yang belum aku baca. sama ada semalam, or hari ni, or yang lepas-lepas. boring menunggu 25 minit lagi masa yang ada. blog Joe, Aujinzz, en. Beruwang, Hans, Sembang Kencang.. aik.. blog lelaki je ni.. bukak blog perempuan laa plak.. blog Jard, Ayu, Aien, Hana, ustazah Purple, Kirana, Syariniey.. ramai lagi laa..
sekarang dah pukul 2.20 petang. aik, sekejap nya.. ku menaip sambil bersulamkan membaca blog-blog orang. haha. may be sebab tu lama kot aku update blog. tak suka taip teruuuuusss je. taip sikit-sikit dan blog walking. pastu taip plak. blog walking. haha. sampai bila nak habis taip daa...
tepat jam 2.30 petang. ku lihat dr. Pooya datang. aku sedikit lega. kerana tak lah aku menanti ngan sia-sia. ku sms Nad. "nak datang kelas tak ni?" jawab Nad acuh tak acuh, katanya dia malas. adeh.. boleh plak macam tu.
5 minit berlalu..
dr. Pooya dengan tetibe mengatakan dia nak buat test. hah? dalam hati, dah gelabah ni. rasa macam kecut sangat perut. aku tak baca apa-apa. tak de nota apa-apa. tak faham apa-apa. haha. belajar pun ntah apa-apa. haha. (padan laa muka ko pinky! siapa suruh ko main-main...)
aku tak main-main pun dalam kelas. cuma lebih kepada termenung. apa yang aku menung kan pun aku dah lupa. haha. dah nyanyok dah sekarang. lalala~ so mulut ku senyum. tapi hati memang dah kecut ni. dah laa markah tuuu..
soalan test yang mengecutkan perut ku..
dah laa belajar dalam bahasa kedua.. jawab pun dalam bahasa kedua..
adeh.. apa aku nak jawab ni weyh....
1 perkara yang membuatkan aku lega. dr. Pooya cakap tak boleh bercakap. tapi boleh tengok nota. tapi tak boleh tiru kawan. haha. tiru nota tak pe plak.. hmm.. test apa laa macam ni.. adeh.. hati aku masa tu seolah-olah macam... apa eh.. kena jirus ngan air batu.. sejuk, segar, lega sangat-sangat. haha.
so aku pinjam nota Adik Izzati. dan nota siapa ntah lagi. aku salin sebagai jawapan. lalala~ best nya kalau semua lecturer buat test macam ni.. lalala~ tengok, semua orang sibuk menyalin jawapan test. hahaha..
ni jawapan yang dah siap di salin dan dalam proses penyalinan jawapan yang ke-4 di dalam aku nya lappy.. hehehe.. sekejap lagi siap laa test Histografi Islam.. lalala~ dan aku sangat berterima kasih kepada Dr. Pooya kerana mengadakan test yang macam ni. kalau tak, hancur markah ku.. huhu.
jutaan terima kasih dari ku untuk Dr. Pooya.. hehehe..
hati aku yang tak gembira tadi kembali gembira kembali dan dia sedang menyanyi riang.. lalalala~
8 comments:
oo..u beli lappy baru x gtaw i ye..hehe~
hah..last minit pe lagi..copy paste la..hakhak...kantoi
moral of this story.. bwk nota..hahahaha
yooo blog i tak g jejalan ke?? hahah
test ha lagi best..wat by group hakhak!
cik hana..
hahaha.. i lupa laa nak gtahu u.. kikiki.. lagipun lappy i dah arwah dah.. patah teruk dah.. huhu..
ustazah purple..
hahaha.. memang best laa test kali ni.. hakhakhak..
farha..
i nak g jengjalan blog u.. tapi u tak update blog lagi masa tu.. huhu..
wah.. by group.. itu bukan test. itu asigment nama nya.. lalala~
ura..menjawab persoalan..de something dok betul kot..ada gok blog yang ha letok situ dok gerok2..sekali tgk blog ye berupdate sokmo hahah...
iyee..dok dang weyy nok mengarang kat sini adeh laaa
FARHA..
HAHAHA, ura betul doh.. pening pale ura.. hehehe.. ura faham, ha bz.. selamat membizikan diri.. ura asigmnet individu siap semua doh.. jangan jeles.. hahaha
Post a Comment