bercakap tentang masa depan, semua orang nak masa depan yang cerah, gemilang dan terbilang. tapi macam mana kita pastikan yang masa depan kita cerah, gemilang dan terbilang? itu kuasa tangan kita.
semalam, aku dan dia bercakap tentang masa depan kami. adakah ia makin cerah atau makin mendung. aku pun tak pasti. tapi sebelum melangkah lebih jauh, aku perlu sediakan persiapan yang rapi. perlukan semua dan segalanya. susah jugak kalau dah dewasa. semua nak kena uruskan sendiri. mak hanya penasihat akademik dan praktikal kita je.. yang pastinya, kapal itu nahkodanya aku..
kekadang aku mahu mengeluh. tapi pesan mak, aku tak boleh mengeluh. tak baik. so kekuatan orang belajar ialah menerima takdir Allah dengan redha dan pasrah selepas berusaha.
ya, perlu berusaha terlebih dahulu. baru boleh give up and mengeluh. tapi bila kita dah pun berusaha dengan sehabis daya, Allah tak kan mengecewakan kita. sebab Allah itu Maha Adil. jadi Allah akan hukum seadilnya pada makhlukNya. tapi yang perlu kita sedar ialah kita perlu ikut landasan yang telah ditetapkan olehNya.
hmm, sekarang dah genap 1 bulan dia bekerja. ni dah masuk bulan kedua. sekejapnya masa berlalu. dan sekarang dia masih mencari kerja yang sesuai dengan gaji yang sesuai jugak. hehe. aku harap, Allah membuka jalan rezeki padanya. dan aku doakannya.
ku suarakan padanya, kerja memang susah nak dapat sekarang. nak cari kerja yang sesuai pun susah.. tapi kita laa perlu rajin sebab kerja tak kan datang bergolek kat kita kecuali kita yang cari. Allah tu suka pada orang yang berusaha. kalau rajin 1 hal je, semua settle.. hehehe.
pandai laa plak aku. hahaha. masa depan aku plak entah macam mana pun aku tak tahu. takut jugak nak berdepan ni.. huhu
sekarang masa untuk belajar.. so nak belajar jap. tengok buku dan buat apa yang patut.. dah tahun akhir ni.. lalalala~
Dugaan.
6 years ago