RSS

prof. Sosio, penasihat tegar..

dari sehari ke sehari, aku suka belajar ngan prof. Ghazali. walaupun dia sedikit lazer, tapi lazer nya 99% boleh di terima akal. walaupun ada masa-masa ceritanya sedikit tidak logik dan kadang-kadang aku fikir, agak melampau. tapi untuk mendengar dan sekadar menjadi bahan hiburan semasa pembelajaran, may be itu boleh diterima akal.


masih aku terngiang-ngiang sehingga sekarang tentang kata-katanya: "kalau kamu pilih untuk posting di kampung, hidup kamu akan musnah."

hah? apa salahnya posting di kampung, dekat dengan parents, dekat ngan rumah, senang nak jumpa parents. tapi tambahnya lagi; "kat kampung tak banyak facilities yang kamu dapat. so kalau posting di bandar, kamu dapatlaa sambung master."

aku semakin tertarik. sebab memang niat ku dari kecik lagi, cita-cita aku adalah untuk belajar sampai ke peringkat yang paling tinggi. kalau orang lain, cita-cita nak jadi cikgu. nak jadi lecturer. nak jadi doktor. lawyer. accountant. tapi aku sedikit berbeza. hehe. lepas dah ade phD, kerja tu akan datang sendiri. haha. mindset aku dah tak boleh nak ubah dah..

hmm, betul jugak kata prof. kalau stay kat bandar, senang sikit nak buat master dalam bidang yang kita nak. kemudahan pun banyak. tadi, dalam bilik kuliah, prof Ghazali sekali lagi sebut pasal ni. sambung master. sambung phD. belajar tinggi-tinggi. keje elok-elok. kalau nak jadi cikgu kena jadi cikgu yang elok. macam-macam di pesannya. dah ala datuk-datuk laa plak.. hihi..

tapi itu yang aku sangat suka. pemikiran dia sangat tinggi. kekadang apa yang dia maksudkan pun aku kurang jelas. tapi bila difikirkan balik, baru aku faham.

macam pesanannya tadi sedikit menusuk kalbu. "kalau kamu nak berkawan ngan orang, fikirlah apa yang baik yang kawan kamu buat. bukan fikir yang buruk. kalau kamu asyik fikir yang buruk, sampai bila-bila pun kamu tak dapat berkawan dengan dia. yang buruk-buruk kawan kamu tu, kamu ketepikan je. alaa, fikir kan kebaikan yang dia buat. keburukan yang dia buat tu, biarlah dia ngan diri dia. sikit-sikit keburukan tu perkara kecik je. so ketepikan jela.. tak yah fikir banyak-banyak. kita kena positif thinking.."

ye. positif thinking sangat penting. sama ada nak jadi guru atau nak jadi pelajar. nak jadi kawan or sahabat. ibu bapa or anak. setiap masa, setiap ketika, setiap detik. ia memang sangat penting. aku akuinya..

kalau dulu, prof Megat yang selalu tekankan pasal "Sharing Is Caring". sekarang prof Ghazali selalu tekankan supaya jangan jadi cikgu yang biasa. jadi cikgu yang luar biasa.

nak jadi cikgu yang luar biasa tu, bukan senang. dari sekecik-kecik perkara sampai sebesar-besar perkara aku kena ambik tahu. itu satu hal. tapi tak de keje mudah. nak buat baik, susah. nak buat jahat, pun susah. kalau kedua-duanya susah, lebih baik buat baik. ia lebih berbaloi. hehehe

walau bagaimanapun, aku harap sangat aku dapat jadi cikgu yang baik. walaupun hakikatnya aku bukan bercita-cita untuk menjadi cikgu, tapi aku memang kena terima yang sekarang aku bukan sekadar cikgu. tapi aku adalah ustazah. dan bakal berjumpa dengan pelbagai ragam anak didik. heehee..

hmm.. ustazah pinky+rockerss.. lalalala~ yeke? haha. ntah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Firol said...
This comment has been removed by the author.
Firol said...

Lain org lain pendapat...diakhir zaman kita belajar kerana pangkat dan harta...

pnglmn kat bndr dan kmpng berbeza...

sy lbh suka di kmpung..Memang impian akan musnah bak kata prof tu..tapi sebenarnya kita beri harapan dan mencipta lagi banyak impian untuk orang lain...

piNky LuCiA said...

hmm.. sy setuju.. tanpa pangkat dan harta, orang tak kan pandang kita dengan baik.

sy lahir kat kampung. suasana kat kampung lagi syok.. tak suka suasana kat bandar yang crowded..

cikgu memang tugas nya mencipta banyak impian untuk orang lain.. =)