RSS

Contest Duit Raya Fitrihadi.com

aku tahu contest ni dari Azuan.. thanks to Azuan..

Contest Duit Raya Fitrihadi.com

aku dah lama tak dapat duit raya.. seingat aku, duit raya last aku dapat sewaktu usia aku 14 tahun. itu pun, masa tu arwah nenek masih hidup. dialah satu-satunya insan yang bagi kami 6 beradik duit raya. selepas pemergiannya, aku dah tak dapat duit raya lagi. sama ada dari Tokki dan Opah (memang tak pernah kasik pun duit raya.) bapak2 sedara & mak2 sedara aku tak pernah gak kasik duit raya. so kami 6 beradik, sebenarnya tak pernah merasa duit raya selepas pemergiaan nenek aku.

pada masa tu, aku boleh dikira berumur lanjut laa.. sebab dah usia 14 tahun. tapi adik-adik waktu baru umur sekolah rendah.. dah pun kehilangan nenek mereka yang pemurah. nak buat macam mana. Allah lebih sayangkan dia.. =) al-fatihah untuk nenek..

so bila tahu dari Azuan tentang contest ni, teringin laa plak nak dapat duit raya. hehehe. so dalam tak sampai 3 saat, aku buat keputusan nak join. tapi sampai sekarang aku masih tak join-join. haahaa.. aku tak de idea nak tulis apa yang special untuk fitrihadi.com.. mungkin aku baru je berkunjung ke blog dia menyebabkan aku taklah kenal dia ngan rapat..

tapi dengan adenya contest ni, aku harap kami boleh berkawan. lalalala~ terasa macam jiwang laa plak.. hehe.

salam perkenalan untuk fitri hadi ..

dan ini sedikit pantun yang ditujukan untuk fitri hadi... aku yang baru mula belajar Adobephotoshop. dan dah banyak dah yang aku lupa semasa belajar ngan k.la dulu.. huhu... dan inilah hasilnya yang tak seberapa ini.. huhu.. ringkas sahaja..

di sini, aku mengucapkan...
selamat hari raya untuk fitrihadi.com

dan juga sesiapa yang kenal dengan aku.. hahaha.
segala kesalahan, kesilapan, terlepas cakap, terkata mana yang tak perlu,
aku mintak maaf.
sebab aku ni hanyalah insan biasa yang banyak melakukan kesalahan.
aku pohon ampun.
kerana aku adalah manusia kerdil yang banyak tersalah langkah.
mintak maaf, mintak ampun atas semua perkara..

salam AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin..
senyum-senyum selalu..
=)

dari,
Ustazah Pinky =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Azuan said...

smart r kad tue..hoho
gud luck..

ftrhd said...

hi usatazah hehe

thanks sebab susah payah buat kad tu...terharunya..

selamat hari raya :)