Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Dah macam gaya PM bercakap plak. Hoho.
Sedang berehat baru habis relief kelas. Ramai betul yang keluar sekolah hari ni. Penat nak menggantikan kelas yang takde guru. Sudahlah kena panjat tangga tingg-tinggi. Sampai di atas, termengah-mengah. Baru sekarang ku rasa macam mana perasaan bonda permaisuri sewaktu membawa ku ke hulu ke hilir selama 9bulan. Ni baru 4bulan lebih, dah pun termengah-mengah. Inikan pula, kalau 9 bulan. Macam mana rupa aku yang mengah masa tu yer?
Abaikan.
Haisshh. Aku sepatutnya menceritakan tujuan asal ku. Aku sudah menyimpang sedikit jauh. Ok. Sambung.
Ini kisah minggu lepas.
Kisah ada seorang pelajar pada pandangan orang, dia seorang yang baik. Mungkin muka yang sedikit kacak, ditambah pula badan yang tinggi lampai dan yang paling membuatkan orang sejuk mata memandang ialah selalu bersongkok. Dan apabila tiba amali solat, dia selalu menawarkan diri untuk menjadi imam.
Pernah kamu dengar, "Don't judge a book, by it's cover"?
Ramai. Ya, ramai yang tahu mengenai pepatah ini. Begitulah halnya dengan pelajar ini. Betul kata orang, pandangan pertama juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Senyum kelat.
Bermula episod yang membuatkan aku sedih sehingga seminggu dan melarat ke minggu-minggu seterusnya.
Aku tidak kata dia seorang jahat. Tapi kata-katanya membuatkan aku lama terguris. Dan aku kembali tertanya-tanya dalam diri. Adakah aku gagal mendidik nya menjadi seorang yang berakhlak terpuji? Adakah aku hanya sekadar masuk kelas mengajar tanpa mempedulikan sahsiah pelajar?
Lama aku menangis.
Aku bukan menangis kerana menyesal memarahi nya. Aku menangis kerana kemungkinan aku gagal menjadi kan mulutnya senjata menuju ke syurga. Bukan senjata menuju ke neraka.
Malam itu, aku bangun bertahajud.
Mengadu pada Allah. Memohon Allah melindungi dari sifat tercela dan merahmati supaya selalu sejahtera. Sudah fitrah seorang guru, pasti akan menyayangi anak pelajar nya. Mustahil ade guru yang membenci pelajar walaupun sejahat mana pun pelajar itu. Aku rasa tak perlu ade sekolah Penyayang pun. Sebab guru memang penyayang. Eh. Ke situ plak aku. Maaf.
Tempoh tak sampai 2bulan.
Ya, aku di sini masih baru. Baru mahu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baru. Mungkin dengan senang nya pelajar membuli ku.. Kerana sehari selepas kejadian, heboh 1 sekolah mengatakan pelajar yang aku marahi kerana bersikap terlebih ajar itu memberitahu bahawa dia telah melempang aku. Maka sibuklah semua pelajar datang bertanya.
Ya. Mahunya aku tak terkejut.
Amboi. Ini sudah melampau. Tapi sebagai seorang guru, sifat cool mesti ada. Aku jawab dengan tenang dan senyuman melebar dengan mengatakan berita itu palsu. Aku ingat dunia artis je ade gosip liar. Tapi aku tidak berkecuali. Divanya aku sebagai seorang guru. Hehe.
Menghembuskan nafas. Kuat.
Ya. Aku masih terasa. Tapi aku sudah memaafkan dia. Cuma yang aku bimbang, adakah keberkatan hidup dia akan terjejas kerana membuatkan seorang guru terasa. Sebab kata orang-orang tua, hidup tak kan berkat kalau kita lawan guru. Eh. Terpengaruh plak aku.
Serius. Hanya itu yang aku rasa sekarang.
Oklah. Aku mahu tidur. Makin aku fikir, makin bersimpang siur plak otak ini.
Nota Pinky ;
" Lambat juga en. Hati balik malam ni. Sudah mengantuk menunggu. Jadi, aku buat keputusan untuk tidur di luar sambil menunggu suami. Gaya isteri mithali gitu.. Kan.. "
Dugaan.
6 years ago
2 comments:
Huishh... Smpai mcm tu sekali..tpi.lumrah guru... Sy juga prnh menangis dan kecewa dgn ank didik...tpi.doa ajelah snjata dan kkuatan kita...
Tula.. Sabar jela ngan budak2 zaman skrg. Banyak dugaan nya.. huhu
Post a Comment