Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kesihatan sekarang sedikit terjejas. Di tambah pula dengan kerja dan meeting yang tak pernah habis. Setiap hari bila sampai ke rumah, aku keletihan. Tidak sempat berbuat apa-apa. Baby pula semakin aktif. Alhamdulillah kerana dikurniakan nikmat ini oleh Allah 'Azzawajalla..
Tadi.
Aku diteguri oleh guru disiplin. Pesannya, supaya aku tidak mengambil tindakan apa-apa ke atas pelajar. Aku hanya perlu melarangnya sahaja. Tanpa melibatkan sentuhan tangan, kaki dan sebagainya.
Ya.
Semalam aku memang ada mencubit seorang pelajar kerana terlalu geram dengan sikapnya yang tidak mahu belajar. Sudahlah tidak mahu belajar, di buli kawan sekelas pula. Sudahnya pula, bila boring, dia membuat lawatan satu kelas. OMG. Ya Allah. Sangat mencabar hati dan minda aku. Setelah berkali-kali melarang, dan api semakin marak, aku mencubitnya. Tapi itu pun aku kira langsung tidak sakit dan berdarah kerana dia sempat lagi ketawa umpama pontianak. Ada potensi menjadi vampire lelaki yang menghentam mangsa dengan jarak dekat. Ok. Aku sudah melalut.
Tengok pelajar hari ini.
Berbeza dengan pelajar zaman aku. Kalau mengadu pada ibu bapa, alamatnya hadiah yang diberikan adalah dua kali ganda daripada cikgu berikan. Akhirnya, bila bonda Permaisuri atau ayahanda Raja bertanya, kalau tidak ku sengeh menampakkan barisan gigi yang rongak, aku menjawab dengan mengatakan ok.
Pelajar sekarang? Langsung tidak boleh diusik.
Ya. tugas sekarang hanya mengajar. Bukan mendidik. Mengajar hingga pandai. Sekian. Tidak perlu mengomel lebih-lebih.
Alahai pelajar.
Bagaimana jiwa kamu akan terdidik jika kamu langsung tidak boleh disentuh? Langsung tidak boleh diberi hukuman?
Ke mana pergi pepatah "Sayang anak, tangan-tangankan."?
Pelajar sudah seperti anak sendiri. Tidak ada sekelumit pun rasa hati ini ingin membenci. Bahkan aku memandang dengan pandangan 'kesian' generasi sekarang.
Hmmmmmm... Menghembus nafas sekuat mungkin.
Nota Pinky;
"Kenapa semakin hari semakin kuat aku merindui en. Hati? Macam lah pagi tadi aku tak jumpa dia. Kalau boleh, mahu ku pandang dia 24jam tanpa kelipan mata sedikit pun. Adakah penyakit baru sudah bertandang? Senyum penuh dengan bunga cinta."
Dugaan.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment