RSS

Pesan Cikgu, Belajar mencari pengalaman dengan Allah.

Assalamualaikum. Semoga semuanya rasa hebat dan dalam lindungan Allah selalu.

Masuk malam kedua, My Sunshine pergi berjuang dengan kelas dan asigment master nya.
Aku juga yang memujuk supaya dia study di library supaya senang dia mahu merujuk apa-apa buku, jurnal, thesis dan whatever yang berkenaan dengannya. Aku rela. Serius. Untuk impian yang aku tanam dari kecil hingga sekarang masih mekar di hati.
Oh. Ya. Aku sudah melalut dari topik asal. Titik.

Lupa.
Aku teringat semenjak aku pindah, aku lupa untuk memberitahu seseorang. Ya. Saban hari bila aku memerlukan motivasi, aku akan cari dia. Aku tidak tahu kenapa. Tapi dia adalah salah seorang yang boleh membuatkan semangat aku berkobar-kobar dan mata aku terbuntang dengan luas bila mendengar bait katanya. Terkadang mata ini akan diziarahi air mata kerinduan pada yang Esa kerana tersedar dari lamunan.
Terima kasih, Cikgu.

Teringat pesan Cikgu.
"Bila kamu ada pengalaman dengan Allah, kamu harus berdoa pada Allah supaya Allah mencampakkan istiqamah dalam diri kamu.. Jika tidak, itu tandanya kamu sombong dengan Allah selepas Allah memberi nikmat pada mu."

Tidak faham.
Ya. Memang. Mula-mula aku tidak faham kenapa pesanan ini ditujukan kepada ku. Sekarang, baru aku membuntangkan mata seluas-luasnya. Aku seolah-olah baru tersedar dari mimpi.

Setahun yang lalu.
Aku berjumpa dia. Meminta nasihat. Mungkin kerana aku sudah tidak tahan berada di Sarawak berseorangan. Tanpa suami dan mak ayah di sisi. Hampir setiap malam aku menangis memikirkan kenapa aku di campakkan ke sana? Aku terasa seolah-olah ujian ini sangatlah besar.

Kata dia.
"Saya tidak boleh menolong kamu. Hanya Allah sahaja dapat menolong kamu. Percayalah dengan keajaiban kekuasaan Nya. Dia boleh menjadikan apa sahaja sehingga yang mustahil di mata manusia terjadi dengan kekuasaanNya."

Aku ragu-ragu.
Lalu diajarnya tentang bagaimana Allah akan makbulkan hajat ku. Aku diajar bagaimana untuk merasai pengalaman dengan Allah. Dan sekarang, aku benar-benar merindui suasananya. Ya. Sekarang aku sedang terleka. Mungkin kerana kenikmatan yang diberikan pada ku. Allahuakbar. Lap air mata.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana untuk merasai pengalaman dengan Allah.
Ke mari aku ceritakan pada kamu. Lap hingus. :P

Rahsianya simple.
Solat hajat dan solat tahajud di sepertiga malam. Berusaha. Dan bertawakal.
Sebentar. Aku tidak dapat menaip dengan betul. Ok. Kita teruskan. Solat hajat dan solat tahajud di sepertiga malam, Terutamanya di bulan Ramadhan. Bila kamu buat, kamu akan rasai kehebatan kuasa Allah. Kamu akan rasa, satu persatu Allah makbulkan doa kamu. Kamu akan rasa, satu persatu nikmat yang kamu mohon akan dianugerahkan pada kamu. Di susuli dengan itu, kamu akan di uji. Di uji adakah kamu masih bertahan dengan tahajud kamu setelah kamu di beri nikmat atau kamu akan terleka sebentar atau terleka selamanya. Dalam erti kata lain, Allah akan menguji kamu dalam nikmat yang diberi itu. Kamu di sudi. Kata orang tua.

Di sini aku ceritakan pengalaman ku setelah aku praktikkannya.
Aku buat sebagaimana yang di suruh. Aku solat hajat tidak tinggal. Aku tahajud di bulan Ramadhan. Tapi aku masih ragu-ragu. Adakah benar ajarannya. Tapi aku bedal buat je. Sebab ajaran yang baik, apa salahnya mencuba. Kan?

Sebulan menunggu.
Dua bulan.
Tiga bulan.

Empat bulan menunggu dengan penuh kesabaran.
Dan doa pertama aku dimakbulkan. Aku dipindahkan ke sisi suami. Aku tekankan. Aku dapat pindah balik semenanjung. Allahuakbar. Alhamdulillah. Walaupun berkhidmat di Sarawak baru 22 bulan, tapi tetap diluluskan perpindahan ini. Ditekankan. TANPA KABLE.
Aku ingat sekadar itu sahaja doa ku di dengari oleh Allah. Dua hari selepas itu,doa kedua aku juga termakbul. Iaitu aku disahkan mempunyai baby. Aku pejam mata rapat. Aku solat sujud syukur. Tanda aku syukur pada Allah yang telah memakbulkan doa ku.

Terleka seketika.
Selepas itu, aku mulai leka. Leka dengan nikmat yang Allah berikan. Leka dengan doa yang Allah makbulkan. Aku mula kurangkan tahajud. Aku mula kurangkan solat hajat.

Dan hari ini, seketika aku rindukan suasana hening ketika aku bertahajud dan solat hajat. Aku rindukan suara rintihan bercerita itu ini pada Allah. Aku rindukan ketenangan selepas menceritakan segalanya. Aku rindukan semua suasana itu. Kamu memang tidak akan terasa jika kamu tidak pernah berpengalaman dengan Allah. Kamu memang tidak akan pernah tahu rasa itu jika kamu tidak pernah memohon sesuatu dengan sedaya upaya usaha kamu. Kamu tidak akan pernah sedar ade rasa seperti itu jika kamu tidak mencuba untuk melakukan semua itu.

Terima kasih, Cikgu kerana menyedarkan aku.
Rupanya aku terleka sebentar. Aku terleka setelah di beri nikmat oleh Nya. Aku baru tersedar sudah lama aku tidak menemuiNya untuk bercerita itu dan ini. Aku baru terasa bahawa sudah lama aku tidak merintih menceritakan isi hati aku yang tidak puas hati tentang itu dan ini. Allahuakbar. Rupanya aku sedang diuji dengan nikmat yang diberi. Aku sedang DISUDI oleh Allah, sama ada aku kekal bertahajud pada Nya atau pun aku terus meninggalkanNya setelah mendapat apa yang aku mahu.

Sombongkah Aku?
Kata Bonda Permaisuri. Jika diberi nikmat kita tidak mengucapkan syukur, itu sombong dengan Allah. Sebelum di beri nikmat, meminta-minta. Selepas diberi nikmat, terus terlupa.

Pesan aku.
Jika kamu ingin menjadi seorang yang hebat di mata masyarakat, belajarlah mencari pengalaman dengan Allah. Kamu tidak akan tahu betapa nikmatnya rasa itu. Betapa kamu akan merindukannya setelah kamu berpengalaman dengannya.

Buatlah selagi kamu masih bernyawa.











Nota Pinky ;
"Aku akui, aku menulis sambil menyapu air di tubir mata. Aku mengakui hidung ku sudah tersumbat kerana tidak aku perasan aku sedang melupakan Nya. Aku akui, aku sedang terleka selepas diberi nikmat!! Alhamdulillah, aku tersedar. Dan aku akui, Semua doa yang aku mohonkan, sudah dimakbulkan. Satu demi satu."

"Merindui en. Hati yang kejauhan. Tabahlah diri demi master suami mu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Unknown said...

lama tak jenguk blog awk..

No name said...

Saya ziarah blog awak kejap, isi masa Friday Blues

piNky LuCiA said...

hehe. lama jugak tak jenguk bloghttp://broeluvayla.blogspot.com/

harap lepas ni boleh laa pegi menziarahi secara kerap. macam dulu2..

=)

piNky LuCiA said...

hehe. Lizzie tunggu masa balik keje.. hehe.

tq kerana sudi ziarah. selamat berkenalan. hihi

NORAIN RAMLI / MEM AIEN said...

^^ pengalaman menjadi pengajaran bererti^^

Maria Firdz said...

Itulah bukti.. Ujian Allah tnda kasih sygnya.