RSS

Pecah kaca, Pecah gelas. Sesudah baca, Aku nak balas.

 Assalamualaikum.. Selamat pagi..

Pecah kaca, pecah gelas,
Sesudah baca, aku nak balas..

Apa khabar, sahabat ku?
Aku mendoakan kau selalu sihat di samping suami tercinta dan anak-anak yang cute miut.. Dan setiap apa yang kau lakukan mendapat keberkatan dari Allah selamanya. Insya Allah. Amin.

Surat mu sudah lama ku peram.
Jika surat elektronik mu itu seumpama mempelam yang diperam, sekarang sudah sedap di makan jeruknya. Pasti aku makan dengan berselera dan lahapnya. Tanpa mahu berkongsi dengan sesiapa. Nyummy. Sengeh.

Aku sebenarnya kehilangan kata.
Aku kehilangan arah bicara. Menyebabkan aku memilih untuk berdiam diri. Aku rindu akan keramahan dan keceriaan yang kita kongsi bersama. Tapi bila aku menggerakkan jari untuk menaip apa yang terbuku, hati aku terus menjadi kaku. Sebentar. Menghela nafas. Mungkin ini tandanya cinta yang mendalam aku terhadap mu. Sengeh sekali lagi.

Pada mu madu ku.
Usah kau cemburu kan daku. Jika rezeki ku di Gemencheh sudah tiba, aku redha. Aku juga berharap kau redha dengan ku. Kerana aku sudah lama menginginkan keluarga seperti mu. Berada di sisi suami seperti mu. Mempunyai anak-anak seperti mu. Mempunyai pengalaman alahan, bersalin dan letih melayan kerenah anak-anak. Aku kira ia sangat lengkap dan menenangkan jiwa. Tapi mungkin rezeki ku lambat. Walaupun begitu, aku pasrah dan redha dengan segalanya.

Penanti ku, kesabaran yang aku hulurkan, akhirnya Allah tamatkannya.
Aku sangat berharap, kau ada di sisi aku tatkala aku tidak tahu, apakah yang perlu aku buat time alahan begini. Aku juga berharap aku boleh bertanya itu ini kepada mu tentang pengalaman masa lalu mu. Aku berharap tatkala aku lembik kerana seharian muntah, kau boleh memberi tips yang berguna pada ku. Aku sangat berharap kita boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama.

Rezeki yang Allah tetapkan semuanya mengandungi hikmah.
Aku percaya, rezeki yang Allah tetapkan pada kita amat luas. Walaupun kau berada di perantauan, aku yakin, Allah akan mengurniakan kelapangan hidup buat mu. Aku yakin, suatu hari nanti Allah akan membawa mu pulang ke semenanjung seperti mana Allah membawa ku pulang ke sisi suami ku di sini.

Sahabat.
Aku selalu mendoakan kamu, suamimu dan anak-anak mu yang cute miut itu dirahmati, dilindungi dan dimurahkan rezeki oleh Allah, selalu.

Semoga diri mu selalu ceria dan gembira dengan kerenah anak yang pelbagai ragam itu.

Salam sayang dari ku,
~Pinky~














Nota Pinky:
"Semasa jari ini mengetuk keypad sentuhan, hati ini bersendu hiba. Ditambah pula, pening dan terasa ingin muntah kerana baru sudah meminum air gula yang umpama sekilo gula itu. Aku mahu berehat disofa klinik sekejap. Menahan pening yang kian menggila. Oh. Sakit plak perut. Macam-macam rasa ni..Noktah."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: