RSS

Tanda tanya.

Hanya mampu tersenyum dan berserah sambil mulut mengucapkan selawat tafrijiah.
Mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

Benarlah.
Masa hadapan itu adalah rahsia Allah.
Kita tidak akan mengetahuinya sehingga kita menjalaninya sendiri.

Pesan bonda permaisuri.
"Berdoalah agar jalan yang diberi oleh Allah itu senang untuk dilalui. Kalau tidak solat hajat atau berdoa, itu namanya sombong dengan Allah plak."

Nasihat seorang ibu tak pernah lekang walaupun dia tahu anaknya adalah seorang ustazah. Senyum. Sambil mengucapkan Alhamdulillah. Kerana mempunyai seorang ibu yang sangat memahami. Syukur.

Sudah penat sebenarnya bersoal jawab dengan hati tentang masa depan.
Masih jawapan yang sama. Meneka dan terus meneka. Ucapkan syabas untuk diri, kerana sampai ke hari ini masih bertahan.

***********

Ade sesuatu yang aku terkejut tadi.
Disoal oleh pelajar perempuan tentang isu sensitif.

Pelajar : Cikgu. Nak tanya.
Aku : Ye. Ada apa.?
Pelajar  : Berapa lama cikgu tidak beromen?
Aku : Soalan apakah ini?
Pelajar : Senyum simpul.
Aku : Muka confused.

Dan sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. Dari manakah dia mendapat idea untuk bertanya aku soalan itu? Aku tidak tahu.
Dan sampai sekarang, aku masih tertanya-tanya. Patutkah seorang pelajar. Perempuan. Bertanya soalan ala-ala bombastik itu kepada seorang guru yang bergelar ustazah?

Oh!
Mendidik pelajar sekarang tidak sama sewaktu aku menjadi pelajar dahulu.
Sabarlah.








Nota Pinky:
"Aku tak tahu apa yang jiran rumah atas buat. Dia menumbuk sambal kah? Tiap-tiap malam, pasti lesung batu kedengaran. Bila berseorangan dalam bilik, seram jugak aku dibuatnya. Tolonglah jangan buat sambal malam-malam. Adoiii laa.. Jiran oh jiran."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: