RSS

Hanya mampu berdoa dari jauh.

Aku kat Kuching sekarang.

Berseorangan. 
Memandangkan housemate aku cuti 4 bulan untuk balik bersalin, aku akan berada di sini berseorangan. En. Hati cakap, tak perlu bimbang. Sebab aku akan berada di sini hingga bulan 6 sahaja. Selepas itu, aku akan balik semenanjung. Aku senyum. Dan berdoa, mudah-mudahan doanya termakbul. Dan itu jugalah doa ku. Amin.

Pagi yang hening. 
Aku menerima panggilan dari En. Hati. Katanya ingin balik ke Baling. Baru malam Ahad kami sampai di Gemencheh. Pagi isnin dia dah nak balik Baling. Kata nya mak mertua sakit tenat. 2 hari lepas, aku baru je balik dan menjaganya di wad Hospital Baling. Keadaannya semasa aku meninggalkannya, semakin pulih dari sakit kerana air masuk ke dalam paru-paru.. Ya Allah.. Apa yang terjadi sebenarnya ni..

Aku tidak bertanya dengan lebih lanjut.
Aku tahu suami aku pasti terkejut. 2 3 hari lepas, mak nya baik-baik saja. Walaupun berada di dalam wad, tapi tidaklah tenat..

Pagi-pagi lagi aku dah blur. Tak tahu nak fikir apa.
Bukak airasia. Tiket mak aihhh.. 

Sedang berfikir.
Hmm.. Selepas menelan vitamin, aku termenung sehingga sekarang. sambil berfikir. Apa aku nak buat ni? (Sepatutnya selepas kemam vitamin, perkara yang perlu aku lakukan dulu adalah makan. Asal aku tak makan lagi ni. Hmm. Blur.)

Sekarang, aku hanya mampu mengirimkan doa dari jauh. Berdoa semoga mak mertua semakin menyembuh. Harapnya.

Bila fikir balik, aku double sedih.
Sepatutnya aku berada di sisi suami tatkala dia bersedih begini. Tapi.. Ntahlah.... Apalah hikmah yang Allah akan bagi buat kami berdua. Aku harap sangat en. Hati kuat untuk menghadapinya seorang diri. (Dalam otak dah mula fikir nak balik ni.)

Suamiku.
Drive elok-elok. Hati-hati. Aku bimbangkan kamu, Sayang.











Nota Pinky :
"Bila jadi macam ni, apa orang besar tahu tentang kesusahan orang kecil ni? Padahal sebelum jadi orang besar, mereka pun melalui saat-saat susah menjadi orang kecil. Sehingga kini, aku tidak faham kenapa boleh jadi macam ni. Ada orang besar yang goyang kaki tak buat kerja ke eh? Hmm. Tepuk dada, tanya iman."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

yanie anuar ~ putrajaya said...

saya pun pernah berjauhan dgn suami setahun.saya kat kuching dan suami kat KL

piNky LuCiA said...

yeke? Macam mana boleh balik cepat sangat.. setahun tu.. hehehe. bagi laa tips.. :D