RSS

2x setahun je.

Allah..
Eg-Tukar datang lagi. Tiap-tiap hari bukak laman eg-tukar, termenung.
Aku jadi pelik. Kenapa aku nak termenung. Isi jela kan?
Apa yang aku menungkan pun aku tak tahu. Hati ni, bagai mahu keluar. Berdebar-debar. Ntah apa yang aku takutkan pun aku tak tahu. Rasa nak ketawakan diri sendiri pun ada. Pelik-pelik-pelik.

Tempoh nya hanya sebulan.
Ya. Sebulan. Aku tekad. Tekad mengisinya demi en. Hati kesayangan kalbu. Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam dan berdoa agar rezeki Allah menyebelahi ku kali ni.

Kata bonda permaisuri.
Jangan terlalu berharap. Tapi pohon lah pada Allah selalu. Pohonlah semua nya akan berjalan lancar. Pohonlah pada Allah supaya rezeki menyebelahi kita.

Hati.
50-50.. Bukan. Ianya 60-40. Mungkin 70-30.
Semenjak eg-tukar keluar, jantung aku asyik bergerak laju. Dah macam jet roket dah. Tak tahu lah kenapa. Setiap malam memohon dengan penuh pengharapan. Mengharapkan Allah memberi jalan keluar untuk ku. InsyAllah. Amin ya Rabb..








Nota Pinky :
"Mendoakan dari jauh. Harap semuanya selamat dan ok-ok sahaja. InsyAllah. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: