hmm.. dah sampai pun aku kL.. pegi naik bas.. balik naik avanza... hmm.. thanks so much for abg najib dan kak azza, driver yang bawak kitorang balik sampai kL.. nad dan tija yang sudi menemani abg najib hingga dia tak terlena.. aku plak buat ape? haha. selepas pekena 2 biji panadol, aku tidur tak dapat nak celik mata pun. aktive fast memang power tahap dewa.. lentok habis aku.. nasib tak de anasir-anasir yang terkeluar.. hehehe
hmm, penat.. memang penat. itu tak boleh dinafikan. sebab interview orang.. ingat senang ke nak buat orang comfortable ngan kita.. tambah-tambah lagi yang di interview tu lelaki+bakal imam muda.. dan aku plak seorang perempuan merangkap ustazah yang ayu.. haha.. perasan! mana dorang tak malu tahap gaban..
orang yang lulus ke stage aku, tak ramai.. tapi ade laa.. sikit-sikit.. tapi komen aku untuk semua yang nak menyertai realiti pencarian bakat-bakat baru, tak kesah laa realiti apa sekalipun, malu kamu mesti letak kat tepi.. sebab tak kan laa nak biarkan pe"interview" bertanya satu dan satu yang kamu jawab.. tak sesuai.. ok?
so, pada sesiapa yang minat, audition akan dibuat untuk kali kedua di kawasan utara, interview nya akan di jalankan pada :
&
3 APRIL 2010 - SABTU
Audition Imam Muda (2nd location - Zon Utara)
Masjid Zahir, Jalan Kg. Perak
Alor Setar, Kedah Darul Aman.
so.. sesiapa yang berminat.. or nak uji sejauh mana keberaniannya dan kehebatan ilmu nya.. sila laa.. tapi bukan aku laa yang interview.. hehehe.. sebab minggu depan aku cuti.. ngeh3..hmmm.. 1 perkara yang perlu aku ingat.. mak dah warning.. pelajaran kena jaga walaupun aku ni ngah kerja.. mak just bimbang aku sibuk kerja, aku tak ingat nak belajar.. hehe.. dont worry.. aku dah settle kan semua yang patut.. dan sekarang, aku dah mula study untuk exam.. sebab aku sedar, aku busy yang akan melampau bila dah masuk bulan april, mei and jun then julai.. huhu..
so pada adik-adik aku yang manis kat rumah, jangan marah, jangan merajuk kalau sekiranya aku memang tak de cuti dan masa untuk korang... and buat en.Peguam.. kita mintak maaf jugak sebab busy and tak sempat nak layan awak.. sebab kita banyak kerje.. dan kita pun tahu, awak pun sama.. hehehe.. so, kita miss awak so much..
hmm, sekarang dah minggu ke 13.. minggu ke 14 bakal muncul.. so kena cepat-cepat study, dan gunakan masa yang ade dengan sebaiknya..
sebab kerja+belajar=commitment yang tinggi..
esok syafawi qiraat.. malam plak meeting ngan producer... lusa syafawi tartil plak.. huhu.. hmm, dalam masa yang singkat ni, aku perlukan persediaan mental+fizikal+roh... sebab kalau semua tak kuat, aku bakal kecundang dalam semua bidang...
tadi meeting, dah kena warning ngan bos yang aku tak boleh ulang kesalahan yang ade.. so aku perlu belajar memperbaiki kesalahan yang ade supaya kelak, aku akan jadi seorang writer yang baik.. =)
walaupun penat dan letih, tapi aku suka..
nad cakap, "kak, lepas ni, jom pegi spa.." aku gelak.. hehe