semenjak 2 menjak ni, aku hanya connect internet hanya untuk membaca email.. membaca blog.. tidak menulis. aku seolah-olah tak de mood. entah kenapa. hmm.. may be terlalu banyak kerja yang perlu aku selesaikan.
exam makin dekat. aku kena kurangkan waktu bersosial. hehe. bermain juga.
hmm.. sebenarnya aku perlukan privasi dari semua. tapi selalunya aku tak dapat. sebab ade je mata-mata yang gatal memandang dan mulut-mulut gatal yang bercakap.
mak kata, kalau kita tak kutuk orang or jaga tepi kain orang, orang tak kan buat macam tu kat kita. sama laa ngan buat baik. mak kata, kalau kita buat baik kat orang, pasti orang buat baik kat kita.
aku kata...
itu dulu. orang zaman sekarang, lebih suka memandang, melihat, dan mengata. siapa setuju?
bagi aku.. selagi apa yang aku buat, aku rasa ia tak salah, aku tak kesah pandangan orang. cuma aku perlukan sedikit privasi. aku rindu aku dulu. pegi kuliah sorang-sorang. tak de sangkut ngan siapa-siapa. balik kuliah pun, sorang-sorang. tak de sangkut ngan siapa-siapa. buat keje sorang-sorang. settlekan masalah sorang-sorang. aku boleh buat apa yang aku mahu semahu aku.
tapi hidup ni bermasyarakat. mak kata, kena laa biasakan diri ngan bermasyarakat. tapi yang aku tahu, jangan masyarakat ganggu hidup aku. sebab bila ade masyarakat ganggu hidup aku, aku tak tahu apa yang akan aku lakukan.. sebab aku ni akan bertindak diluar jangkaan bila aku marah.
hmm.. privasi sangat penting.
masuk bilik, masuk rumah, sorang-sorang. boleh buat apa yang kita mahu. boleh buat apa yang kita nak. tidakkah itu indah. hanya itu yang aku tahu. perkara lain, tak nak tahu.
tapi perlu diingat. batasan agama itu ada. ingatan untuk diri ku yang selalu alpa.
Dugaan.
6 years ago