RSS

happy birthday..

semalam birthday adik aku yang ke24.. adik lelaki.. aku memang tak sekepala ngan dia. ntahlah. may be sebab dia garang, aku pun garang. dua-dua garang, so panas. then last-last tak dapat berkomunikasi ngan baik.

tapi apa pun yang terjadi, aku tetap sayangkan dia sebagai adik aku. sama je ngan adik-adik yang lain. semua aku sayang. tak de bias. yeke tak de bias? ntah laa.. aku je rasa tak de. apa plak kata adik-adik aku? bias kah aku? hehehe..

apa mahu jawapan kamu adik-adik ku yang ku sayang. hahaa..

walaupun aku sayang.. aku tak ucap pun happy birthday kat dia. sebab? aku tak de kredit laa weyh.. ish3.. kakak apa aku ni.. kedekut.. hahaha..

sebenarnya dah lama aku tak bercakap or berjumpa ngan dia. aku rasa, masa raya puasa lepas kami jumpa.. itu pun bercakap apa yang patut je. untuk mengelakkan aku bergaduh dan seterusnya untuk elakkan mak aku bersedih atas pergaduhan kami. dan pada masa tu, kami tak bercakap pun. hanya bertanya apa yang perlu sahaja. macam orang tak kenal pun ade. huhu.

aku kekadang rasa rindu. dan terasa sedihnya. tapi apa boleh aku buat. kami memang tak sebulu. hehehe..

so dikesempatan yang ade, aku nak ucapkan...

Happy Birthday Dik..
Semoga Panjang Umur..
Murah Rezki..
Semoga Apa yang Dihajati terCapai..
dan Semoga Allah Taala sentiasa Melindungi dan Merahmati diri mu..
:)
Salam Sayang,
-kak-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS