RSS

selamat berbahagia.. :P

jika ditanya pada kamu, kenapa kamu jatuh cinta dengan seorang lelaki? adakah kamu mampu menjawab nya? adakah kamu jatuh cinta kerana kehenseman nya, atau kerana baiknya dia, atau kerana banyak nya duit nya, atau kerana romantiknya dia, atau kerana apakah kamu jatuh cinta? aku pernah disoal dengan soalan yang sebegini pelik, bagi aku laa..

kenapa kamu menyukai dia?

jika ditanya pada aku, jawapan yang tipu akan aku susun. tetapi jawapan yang benarnya, aku tak mampu menggambarkan kenapa dan mengapa aku menyukainya dan terus jatuh cinta padanya. ia adalah suatu yang sangat abstrak bagi ku. aku tak mampu menggambarkannya dengan lisan ku, dan tak mampu menggambarkan nya dengan apa juga sekali pun.

kerana yang hanya aku tahu, aku menyayangi nya dengan tulus, dan aku menerimanya seada nya. walaupun ada yang mengutuk nya, tapi aku terima seadanya.

apakah punca kamu putus cinta?

aku bukan lah seorang pakar cinta, tapi pendapat aku, cinta itu memerlukan kesabaran, cinta itu memerlukan masa, memerlukan kesungguhan, memerlukan pengorbanan (bukan korban body eh), memerlukan segalanya. duit terutamanya. hehehe.. kerana duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit. begitu juga dengan cinta.

bagi aku, orang yang putus cinta itu hanya sebab dia tidak sabar mengharungi susah bersama. tapi time senang, boleh plak janji-janji nak bersusah bersenang bersama. tapi time susah, aduhai..

tapi antara salah satu punca nya ialah kita terlalu ingin kan kesempurnaan, tanpa memandang sedikit pun keburukan. pada hal keburukan yang ada sebenarnya lebih banyak hikmah berbanding kesempurnaan yang didambakan itu.

bila kamu bergaduh atau tidak puas hati dengan pasangan kamu, berbincang lah kamu elok-elok. jangan kamu bergaduh dengan hal yang remeh temeh. setelah berbincang, kata orang kamu perlu berlapang dada. ubah mana yang tak kena. renovate apa yang rosak. tampal mana yang tembus. dan perbaiki mana yang perlu.

sebab bila kita bercinta, kita bukan hidup berseorangan. tapi hidup berdua yang perlu berkongsi pahit dan maung nya.. jadi jangan lah kamu selalu inginkan si dia hanya mengikut kata mu. kadang-kadang tolak ansur itu ada baik nya..

selamat berbahagia.. :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

N@DZI3FF@ said...

baik kak...nnti sy bljar k...hehehehehe

piNky LuCiA said...

hahhaa.. nak tuntut ilmu cinta ngn sape? :D