aku terjaga dari tidur. entah apa yang mengganggu ku, aku tak tahu. tapi yang pastinya tidur ku diganggu. may be cuaca malam ni sedikit panas berbanding malam-malam yang lalu. hujan mungkin akan turun. jangka ku. =P
seawal 2pagi.. aku terbaca pasal dara.. dari blog yang aku telah link kan tu.. perkara ni telah pun aku pelajarinya sewaktu aku di KUSZA dulu. ditegaskan eh. aku pelajari. definisi yang ah Fatt berikan menjadi perselisihan antara ulama'.. pendapatnya juga telah digunapakai oleh sebahagian besar lelaki-lelaki yang baik ku kira.
tapi persoalannya yang aku masih sangsi sekarang.. masih tertanam kuat di kepala otak aku ni.. kenapa lelaki selalu menginginkan atau mengimpikan wanita yang akan dikahwininya atau yang telah dikahwininya itu dara? padahal kekadang lelaki itu sendiri juga tidak lah teruna seperti wanita yang diimpikan itu?
kenapa lelaki selalu mendambakan yang indah dan yang baik-baik saje.. sedangkan dia bukanlah sebaik yang dia dambakan.
aku berpegang pada firman Allah.. "lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.."
selepas itu, terserah pada Allah yang tentukan segalanya. kenapa? Allah itu maha Adil. Allah tak kan menzalimi makhluknya. makhluknya saje yang memilih untuk menzalimi diri sendiri. Al-Quran adalah mukjizat yang unggul untuk di terokai. untuk di amalkan. tapi kita saje yang membiarkan nya.
aku juga pernah belajar. jika kamu mahukan seseorang yang baik. kamu terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. jika kamu mahukan perempuan yang suci. kamu terlebih dahulu kena suci. kamu dulu yang kena jadi baik.. baru dapat isteri yang baik macam kamu yang baik. means???? faham-faham lah sendiri. kenapa?
kerana dunia yang Allah ciptakan adalah adil. semua perkara yang berlaku ade hikmahnya. hanya kita tak tahu apa hikmah disebaliknya. betul tak?
dan kepada lelaki yang menginginkan perempuan yang suci.. pastikan diri kamu adalah lelaki yang suci dan tidak tercemar seperti definisi yang ah fatt berikan.. ah fatt kau setuju atau tidak???
Allah tak kan menzalimi kamu. jika kamu memilih untuk tidak menzalimi diri sendiri. kerana Allah itu maha adil dan maha tahu atas segala sesuatu.. =)
Dugaan.
6 years ago
4 comments:
aku setuju
kalau kamu baik barulah kamu berhak meminta yg baik
ukur baju badan sendiri ler
haa.. jgn lupa beli tali inci.. hehehe
ahai, betul tu pinky.
kamu juga setuju dengan ku ye miss eyena? hehehe
Post a Comment