RSS

rezeki itu terletak di tangan Allah..

rezeki memang terletak kat tangan Allah untuk memberi atau menyempitkan. tapi rezeki tak kan datang bergolek sendiri. rezeki tak kan berjalan dan dengan penuh sopan dan lenggang kangkung datang ke arah kita..

rezeki perlu di cari. perlu di tinjau. perlu di gali. kerana rezeki yang Allah kurniakan atas muka bumi ni amatlah luas. kat mana kamu nak cari. sila kan.. di darat. di air. di laut. di bukit. di sungai. semua nya penuh dengan rezeki Allah.

tetapi sayang sekali.. ade orang tak tahu menilai bahawa kurniaan Allah itu amat luas untuk dicari gali.. kalau kita malas.. means.. tak de laa rezeki dan habuan kita dapat...

sebab tu lah orang tua-tua selalu bagitau.. pagi-pagi tak boleh tidur. siapa yang tidur pagi, rezeki tak masuk.. percaya atau tidak.. itu hak kamu. tapi kata-kata tu ade benarnya pada fikiran aku. kenapa? sebab bagi aku, orang yang tidur pagi adalah orang yang malas. malas untuk mencari rezeki. pada hal pagi-pagi lah punca rezeki melimpah ruah. huhu

so jangan malas-malas. no tidur pagi-pagi. ingatan untuk diri sendiri. walhal nya aku pun kekadang tidur pagi. nanti rezeki tak dapat nak masuk dengan baik. tapi kalau yang malas tu.. dorang tetap cakap, rezeki tu adalah anugerah Allah.. so ikut suka laa Allah nak kasik ke tak. kalau tidur sekali pun.. kalau rezeki nak datang.. datang jugak..

jangan sesekali kamu menggunakan alasan ini untuk menjadi seorang yang malas. rajin lah kamu untuk menacri rezeki. kerana Allah suka orang-orang yang rajin berusaha.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Anonymous said...

jangan tido petang gak
otak tak cerdas nanti

piNky LuCiA said...

so.. kesimpulannya.. jangan tdo siang.. tdo hanya dikhususkan untuk malam hari.. hehe