RSS

tom yam sea food..

"mak, mak nak makan apa?"
"makan lah apa-apa yang boleh kenyangkan perut mak ni."
"kita makan tomyam sea food ye mak?"
"ada ke tomyam macam tu?"
"ada lah mak. sedap."
"ikut lah. mak tak kesah. mak dah tua, semua mak makan." dia tersenyum.

aku hanya duduk memerhati. selepas di order semua menu yang berkenan, kami ramai-ramai berborak kosong. hm, kan best kalau tiap-tiap kali cuti semua family aku balik dan kami berkumpul ramai-ramai begini. aku suka suasana santai bersama family. kerana bagiku, family adalah segalanya. mereka lah syurga kebahagiaan ku. hehe..

"ish, lamanya tukang masak ni" keluh adik ku..
"dia baru nak pergi beli beras tu." aku mengekek ketawa.
"kalau ye pun baru pergi beli beras, tak kan laa lama sampai aku dah naik gastrik ni."
"hm, mana tak lama. kita semua makan, macam orang nak buat kenduri makan tau"
"kenapa pulak?"
"laa, kan kita ke sini 4 buah family. kira laa berapa orang semuanya. mahu patah tangan tukang masak tu, dah lah menu nya berbeza."

aku yang asyik berborak dengan adik ku berhenti. diam.

"ni kenapa kecoh-kecoh ni?" soal ku.
"ni ha, mak cik kamu ni," jawab abang di yang masih bersisa gelaknya.
"kenapa dengan mak cik?" soal ku. ku lihat mak cik hanya mengulum senyuman yang terselit 1001 kelucuan.
"tadi abang di cakap, nak order tom yam sea food. mak cik kata ye."
"pastu.." ada suara yang tak sabar nak mengetahui cerita sebenar.
"bila sampai. dia punya laa cari sesuatu dalam tomyam tu. naik berkerut mukanya."
"mak dengar lain yang di sebut tadi."
"dia cari siput dalam tomyam. hahaha." terburai abang di ketawa.

aku terpisat-pisat lagi untuk memahaminya. orang lain dah terburai ketawa. bila ku fikir-fikir.. baru ku dapat jawapannya..

yang di sebut, tomyam sea food. yang di dengar, tomyam siput.. patutla makcik cari siput tak jumpa. haha.. aku ingin ketawa. tapi aku hanya senyum. lambatnya aku memahami. buat malu je. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 comments:

Abdul Halim said...

hi...thank you put my link in here...kenapa letak dalam kategori hottest?hehehe

joegrimjow said...

seb bek xde gambooo

sufy said...

mesti sodap~

Kapten Luffy said...

ko cakap BI wat per

TOM YAM MAKANAN LAUT

piNky LuCiA said...

kapten..
aduhai.. itu la pasal.. aku sudah terbiasa.. kau ni kan.. selalu je buat aku gelak.. haha

piNky LuCiA said...

sufy..
sedap.. tapi aku tak boleh makan makanan laut banyak2. alahan. makan ikan banyak2 pun tak boleh. aku dah borong makan ayam je.. hehe

piNky LuCiA said...

ahin..
aku suka letak kenalan maya aku kat situ.. kerana hottest adalah blog yang aku suka merayap.. haha

piNky LuCiA said...

joe..
memang best.. aku suka..

Anonymous said...

adeh...camtu plak..

piNky LuCiA said...

dah nak buat macam mana.. dah macam tu.. huhu

hana devushka said...

cite ni da lapuk la..knp baru post?..baru teringat?..hehe

Lea Isnawi said...

tom yam siput?
xpenah makan pun

piNky LuCiA said...

tie.. eh..biasalaa.. mengimbas kenangan.. bukan ke indah kalau kenangan itu di kenang2? hahaha

piNky LuCiA said...

lea..
mana ade tomyam siput.. awk laa masak.. nanti gtahu macam mana rs.. eh.. hehe