bulan mei. adalah bulan bersejarah bagi warga guru. kenapa? kerana di bulan mei laa guru-guru menyambut hari guru. masa ni lah guru semua akan enjoy. dan pelajar pula mengambil kesempatan membuli guru. hehe.. di sekolah ketiga aku ni lah aku menyambut hari guru. sek keb Darau. guru besar sekolah ni adalah status guru besar cemerlang.
aku bukannya apa. waktu tu aku tak tahu bahawa macam mana sikap guru besar cemerlang. huhu. tapi aku bukan guru yang tak baik ok? hehe.. waktu hari guru adalah waktu pelajar menghargai guru nya. ada pelajar yang memberikan gurunya hadiah. ada yang hanya memberi kad. dan termasuk, pelajar suka mengambil kesempatan untuk membuli guru-guru mereka. dan bermacam lagi lah. guru sangat bertuah hari ni. hehe..
program pada hari guru, sangat banyak. tapi yang penting sekali, kami semua dihendaki menyanyi lagu hari guru.. hehe.. aku bukan tahu menyanyi. menyanyi pun aku hanya menyanyi di dalam kelas muzik. lepas kelas muzik, aku langsung tidak menggunakan suara emas ku ini. aku bukan nya apa. aku takut, bila aku menyanyi, katak akan memanggil hujan. kerana katak memang dengki dengan suara emas ku ini. hehe
"alaa cikgu ni... main laa betul-betul."
aku senyum dan mencebik bibir. memprotes.
"2 kali lagi cikgu. cikgu mesti boleh." kata aisyah.
"yeke? cikgu tak pandai laa."
"ish cikgu ni. saya pun pandai. cikgu tak pandai pulak."
"cikgu mana pernah buat kerja-kerja macam ni."
"dah-dah-dah." pengadil meniup wisel.
aku pegang dengan erat dan membalingnya. sekali lagi tepat. dan betul-betul di hadapannya.
aduhai.. sekali lagi aku malu.
"alaaaaaaaaa.."
semua pelajar kecewa. kerana mereka bertaruh. aku tak tahu apa yang dipertaruhkan. tapi aku sememangnya tahu, mereka bertaruh atas nama ku. kurang asam punya budak. sesedap rasa je mereka membuat aku barang pertaruhan. tak pe. tak pe.
"cikgu.... buatlaa elok-elok.." kata ahmad.
"yela. yela.."
kali ketiga aku dengan penuh keyakinan membalingnya. wah.. sekali lagi, tepat-tepat. aku sekali lagi kemaluan. aku menjadi hairan. kenapa perkara ini terjadi? apakah salah ku? adakah aku tersalah pegang. atau memang aku tidak mempunyai bakat itu. aduhai. aku dengan segera berlalu dalam keadaan malu. hakhak. malu laa sangat.
kenapa aku malu? kerana semua pelajar gelak kan aku. ish3. memang pelajar ku nakal.
"cikgu.."
"ye."
ramai pelajar yang menyerbu ke bilik ku. kenapa pulak ni? ada-ada je budak-budak ni. namun aku masih tersenyum.
"hmm, ada apa ramai-ramai ni?"
"wah cikgu.. bukan main lagi cikgu ye?"
"kenapa?"
"hehehe" mereka ketawakan aku.
aku yang tak tahu mana hujung mana pangkal kebingungan.
"alaa..tadi tu.. yang main bowling padang."
aku tersenyum. mahu tergelak aku di buat mereka. tapi cepat-cepat aku control ayu.
"kenapa pulak dengan bowling padang?" aku menyoal, konon laa buat tak tahu. haha.
"eleyh. semua orang dah nampak cikgu." kata aisyah.
"nampak apa ni? mana ada apa-apa."
"alaaa.. cikgu suka cikgu wan kan?"
"mana ada." aku menafikannya. kerana itu lah yang sebetulnya.
"habis tu kenapa kelapa yang cikgu lempar tadi asyik berhenti tepat-tepat di depan cikgu wan?" soal syukri. mungkin mahu kan kepastian.
wah soalan syukri... aku terkedu.
"bukan salah cikgu. kelapa tu yang memilih cikgu wan. cikgu tak pilih dia. dah-dah, cikgu nak pergi bilik guru besar ni. pergi-pergi semua."
"wah, muka cikgu merah laa. cikgu malu." semua ketawa.
aku berlalu pergi sambil mencebik bibir kepada pelajar ku. mereka ketawa. adakah salah ku? bukan aku yang memilihnya. kelapa itu yang memilihnya. kerana bowling padang pada hari guru kelapa jadi bolanya. padang jadi landasannya. mana dia nak tergolek. aku senyum. bukan salah aku. aku senyum sendirian. pelajar-pelajar ku lebih advance dalam memikirkan perkara seperti ini. aku senyum lagi.
5 comments:
hmm.. pilihan tu ada dekat dengan hati kita. kita tahu siapa yang kita pilih. hehe. kan?
Wan mana ni? Wan engko k?
satu perjalanan cerita cinta seorang guru ke ni?hehe...selamat berjuang dan selamat hari guru
deqku..
bukan wan aku laa.. ade cikgu nama wan muhammad ape ntah. aku pun lupa. waakakaka..
haha.. tak de laa.. mana ade cinta ngan cikgu tu pun. pelajar ku yang nakal.. menggosipkan aku. waaa.. mmg diorg sangat nakal.
Post a Comment