RSS

menulis, membaca & mengira

ya Allah, tulisan siapa pulak ni.. aduhai.. keluh aku sewaktu aku menanda kertas jawapan BM kelas 2 Mutiara. hm, tapi tak kanlah Aimi Nadia tulis macam ni. dia kan pandai membaca. aduhai. sakit kepala aku bila teringat kesemua pelajarku di kelas itu.

hmm, aku pergi tanya cikgu Normah la.. may be dia ada jawapannya..

*********

bingit. bising. seperti guruh berdentum-dentam di langit. menandakan hari akan hujan. itulah perumpamaan yang ku kira sesuai untuk kelas 2 Mutiara. aduhai, kenapa lah ada kelas sebegini bising di dunia aku aku ini. aku mengeluh di dalam hati. tidak dapat ku suara kan keluhan aku tatkala berdepan dengan pelajar kelas 2 Mutiara. aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"assalamualaikum. selamat pagi semua."
"selamat pagi cikgu."
"minggu lepas, kamu dah habis exam kan?"
"ye cikgu." jawapan serentak kedengaran.
"Syafiq mana?" tanya ku pada kelas kerana aku masih tercari-cari di mana kah Syafiq bersembunyi. tidak ada di bawah meja seperti kebiasaan.
"pergi tandas cikgu." jawab Alif.
"baiklah, cikgu nak kamu keluar kan kertas soalan BM, nanti kita bincang sama."

setelah setengah jam aku menerangkan kesalahan tatabahasa yang bukan sedikit salahnya. dan yang memang bukan banyak betulnya. biasalah kelas 2M. memang macam ni. aku memberikan tugasan mereka menyalin dan membetulkan semula apa yang salah dan yang betul juga harus ditulis. ini adalah untuk kebaikan mereka kerana kemahiran menulis belum mereka kuasai dengan betul. aduhai. sukarnya kerja aku. tapi aku sukakannya. kerana mereka semua cute sangat. hehe.

"aimi, datang sini kejap."
aimi datang tanpa banyak soal. dia merenung aku. aku senyum.
"mana kertas soalan aimi?"
"ni cikgu."
"buku yang cikgu suruh aimi betulkan mana? dah siap?"
"dah cikgu."
"boleh cikgu tengok?"
"nah.." sambil menghulurkan buku latihan BM kepada ku.
"cantik tulisan Aimi. siapa yang ajar Aimi menulis?"
"tak de orang ajar pun cikgu. Aimi belajar sendiri."
aku senyum menahan tawa.
"siapa ajar Aimi mengira?"
"ayah." pendek jawapannya. akan tetapi aku memahaminya.
"patutlah Aimi pandai matematik. siapa ajar membaca?"
"mak."
"hm, patutlah Aimi laju je membaca masa cikgu suruh. rupanya mak yang ajar. Aimi nak tahu tak?"
"nak.. nak.. nak.. apa dia cikgu?"
"Aimi, kalau Aimi tulis lawa-lawa sikit, huruf A bagi cantik. huruf B bagi handsome. huruf C bagi cute. mesti tulis Aimi makin cantik tau."
"betul ke cikgu?"
"betul lah. tapi Aimi kenalah ikut cara cikgu ajar macam mana nak tulis huruf A B C sampai Z."
"susah lah cikgu."
"ala, mana ada susah. Aimi membaca susah tak?"
"tak."
"mengira?"
"tak."
"habis tu tak kan nak menulis susah. Aimi kan budak pandai." dia tersenyum.

aku yakin. Aimi boleh melakukannya. aku amat mengharapkannya. kerana aku tahu, pelajar ku bukan pelajar yang dungu. mereka pandai. Syafiq sudah membuktikannya.

**********

"cikgu, budak Aimi memang macam tu. dia budak yang pandai. membaca mengira. tapi sayang, dia tak pandai menulis. cikgu tengoklah sendiri." sambil menunjukkan kertas jawapan Aimi kepada aku. aku sudah sedia maklum tulisannya memang akan begini. aduhai Aimi.. Aimi..
"cikgu Normah, semua matapelajaran ke tulisannya begini?"
"hmm," dengan anggukan penuh longlai.

soalan : tulis semula perkataan di bawah di dalam petak yang disediakan.

saya ada dadu.

jawanpan : ________________________

jawapan sepatutnya : saya ada dadu.
jawapan Aimi : ooo00oo00ooo0ooo0000

masih aku ingat tulisan aimi. aku ketawa sendiri. adakah dia sudah pandai menulis sepanjang pemergiannya ku 2 tahun ini? aku tersenyum. masih ku ingat, penuh di kertas setiap matapelajaran, jawapan Aimi adalah huruf-huruf O.. sama ada O besar atau o kecik. aku pun confuse. kenapa lah dia minat sangat huruf O.. terkecuali kertas jawapan matematik. kerana Aimi memang pandai mengira.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Anonymous said...

cikgu jgn la mrh..

piNky LuCiA said...

mana ade cikgu marah.. hehe.. baik je ni.. haha

Kapten Luffy said...

eh

ada persamaan dengan aku

tulisan aku pun tak lawa

piNky LuCiA said...

tulisan ko ok je aku tengok.. tak de la tak lawa langsung. huhu