RSS

Ustazah, kenapa Allah tu ada 99?

Aku sedang termenung. Biasalah. Rutin aku memang macam ni setiap hari. Termenung tanpa suara. Tv terpasang. Tapi satu pun tak masuk dalam otak. Lalu aku putuskan untuk ke sini.

Aku teringat soalan pelajar pada hari Jumaat semalam. Soalan yang tak pernah aku bayangkannya.

Pelajar; "Ustazah, kenapa Allah tu ade 99.. Bukan ke Allah tu ada satu je?"
Tergamam sekejap dengan soalan yang aku tak sangka tu.
Aku senyum.

Ustazah; "Allah tu 1. Tapi Allah tu ada banyak nama. Yang 99 tu la nama Allah."
Pelajar; "Aik, kenapa Allah tu ada banyak nama? Kita ada satu je nama?"
Ustazah; "Kamu tahu tak Allah tu, Maha Besar. Allah cipta semua perkara. Allah cipta alam. Allah cipta macam-macam. Setiap yang Allah cipta tu ada nama. Macam kamu. Ada nama, kan?"
Pelajar; Mengangguk.
Ustazah; "Kita tengok diri kita, boleh tak kita bagi rezeki kat orang lain."
Pelajar; "Mana boleh. Tak cukuplah duit saya kalau bagi kat orang."
Ustazah; "Tapi Allah boleh bagi. Sebab tu kita panggil Allah dengan nama lain jugak. Contohnya, ar-razzaq. Maknanya yang Maha Pemberi Rezeki. Kita kan tak boleh buat macam tu, cukuplah kita satu nama je."
Pelajar; "Oooooo."

Panjang ooo nya. Tapi aku tak pasti dia faham ke tidak. Maklumlah. Kelas hujung.

Kalau aku nak cerita panjang-panjang tentang nama-nama Allah dan khasiat dan kenapa sampai 99 nama, aku rasa, pelajar ku lagi berputar-putar. Mungkin memadai dengan penerangan begitu.

Bagaimana pula jawapan kamu jika ditanya begitu oleh pelajar?
Senyum.












Nota Pinky;
"Saya rindu awak. Tapi saya jauh hati. Apa saya nak buat dengan hati saya ni?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: