RSS

Asal semua orang private blog ni? Huhu.

Balik sekolah. Tak de apa-apa nak buat. Blog walking.
Dah lama tak blog walking. Hari ni, hati dan otak tak berapa nak betul. Jadi perlu penuhkan masa dengan sesuatu yang akan membuatkan aku tidak sedar masa berlalu.

Satu blog ke satu blog aku terjah.
Jika rajin, aku komen. Jika tidak, aku hanya membacanya sahaja. Tapi yang haru nya, banyak blog yang di private kan. Tak boleh masuk dan perlu minta kebenaran dulu. Alah! Kebanyakannya plak adalah blog yang aku suka masuk. Walaupun aku hanya silent reader. Sadis betul. Ade blog yang dapat masuk, tapi tak dapat komen plak.

Aku tertanya-tanya.
Asal semua orang private blog ni? Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa aku tak rasa nak private pun. Haha. Mungkin sebab aku bukannya ade reader pun. Yang aku tahu, reader aku adalah en. Hati, Miss Asma, dan Puan Farha. Walaupun mereka tak komen, tapi aku tahu mereka ke sini. Itu pembaca tetap. Mungkin sebab tu jugaklah aku tak private kot. Sebab aku tak ramai reader pun. Hihihi.

Boleh tak sesiapa bagitahu aku kenapa seorang blogger private kan blog mereke?

Sedih + sakit hati.
Haha. Sedih sebab aku dah tak dapat nak baca ceritera-ceritera yang dicoretkan. Sakit hati sebab aku tak tahu pun kenapa dorang private kan blog. Wah! Perlu ke aku sakit hati? Mesti dorang ade sebab. Kan?

Merenung syiling.
Pejam mata. Buang jauh-jauh sedih dan sakit hati itu.
Senyum.







Nota Pinky ;
"5 hari berjauhan dengan en. Hati membuatkan otak dan hati aku tidak dapat berjalan dengan baik. Ada saja perkara yang aku fikirkan giler untuk dimasukkan dalam otak. Syyuuuhh... Pergi jauh-jauh kamu. Jangan ganggu hidup aku!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

lumut said...

hehe... aku terbaca plak post ni and aku terasa aku salah seorg yg wat cmtu..and adakah blog aku antara blog yg hang bukak tp dah private.

ntah.

rasa mcam perlu masa untuk senyap kot if yg len pon fikir same..

rase mcm let the story untold.

jg diri k..
tk cre.

piNky LuCiA said...

Heehehe. Aku suka baca blog kau lumut. Walaupun aku jarang komen. Blog kak hajar pun private. Sama gak ngan blog rose harissa. Blog apa ntah lagi. Aku da lupa. May be lebih dari 5 blog yg private.

Kalu dah sedia nak bukak blog, gtahulah. Hehe.

Maria Firdz said...

Soalan sengal... cmne nak private blog... tak terpikir pun nk private blog... hehe

piNky LuCiA said...

hehehe. no prob..
pergi kat setting. kat situ semua boleh edit. =)