RSS

Hari ini dan Esok.

Pagi ahad yang indah.

Dapat berada di sisi en. Hati dengan lama. Senyum, bahagia. Kan bagus kalau selalu begini.

Sakit gigi.
Sudah seminggu mengalami sakit gigi yang aku kira tidak sekronik sebelum ini. Bila sakit, baru aku teringat mahu cabut. Bila tak sakit, dengan jayanya aku makan apa sahaja yang terlintas di depan mata. Haha. Dasar tidak mengenang budi.
Baiklah.
Selepas ini akan ku cari klinik gigi untuk mencabut gigi yang tidak perlu. Ok?
Harap gusi cepat surut bengkaknya.

Medical check-up.
Mahu menjadi guru kontrak sebelum posting pun mahu di medical check-up kan jugak yer? Aduhai. Saja mahu menambahkan kerja orang yang dah banyak kerja macam aku ni.
Buat saja boleh? Jangan nak banyak soal. Ketawa. Ok.
Oh! Sebentar saja di check-up nya.
Berat badan bertambah lagi 1kg. Senyum. Patutlah aku tengok pipi aku tembam semacam je sejak akhir-akhir ni. Rupanya berat sudah naik.
Alhamdulillah. Harap dengan bertambahnya berat badan, darah juga bertambah. Ketawa.

Pesan dr. Ruhaidah.
Aku dikehendaki makan banyak supliment supaya badan cepat sihat. dan supaya bila masuk kelas esok, bila penat, aku tidak pitam. Senyum.

Kakak bagi ubat ; "Pil ni makan 10biji pagi, dan 10 biji malam. Kedua-duanya selepas makan."
Aku ; "10 biji?"
Kakak bagi ubat ; "Ya."
Aku ; "20 biji 1 hari. Serius ke ni?"
Kakak bagi ubat ; "Ya. Itu pesan Dr. tadi. Kalau orang lain makan 10biji 3x sehari je."
Aku ; "Wow!"
Kakak bagi ubat ; Ketawa.

Ambik kau. 20 biji.
Sekali makan telan 10 biji. En. Hati gelak kan aku bila tengok akan telan pil 10 biji sekali gus. Pahit tu tak payah nak cakap. Ubat apa yang sedap? Kan?
Demi kesihatan supaya bertambah baik, aku rela. Ketawa. Terasa ingin menari semakan makan ubat. Lalala~

Esok.
Dengan rasminya aku bergelar seorang ustazah.
Baik. Ustazah ok. Bukan i tak de kelulusan. i dah ade kelulusan. U jangan nak pandang sebelah mata. I bukan siapa-siapa. Tapi i ustazah.
Ketawa kuat-kuat.
Teringat skrip dalam kepala otak untuk aku hemburkan waktu dulu. Tapi aku simpan hingga kini.
Tengoklah. Akan datang, aku akan buktikan bahawa aku akan berjaya pada kau.

Pelajar + Pengetua.
Yang aku takutkan esok adalah pengetua. No. 2 pelajar.
Macam mana reaksi kedua-duanya. Macam mana lagak yang harus aku buat esok. Jantung berlari maraton sekencang yang boleh. Ketawa kuat-kuat.






Nota Pinky ;
"Sedang mengemas baju. Esok nak tinggalkan en. Hati selama seminggu. Aku akan buat banyak pahala minggu ni dengan merinduinya. Senyum sopan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Hans Hanis said...

pergi jumpa doktor gigi segera
;-)

piNky LuCiA said...

hmm.. keadaan tak mengizinkan lagi nak g jumpa. ngeee~