Jumaat.
Setiap kali Jumaat tiba, pasti terasa hari Jumaat yang aku tempuh sangat panjang harinya. Senyum. Mungkin hari Jumaat adalah hari yang berkat. Kan?
Jam 12.35pagi.
Mata sudah menampakkan bahawa dia mahu menidurkan diri.
Badan lenguh-lenguh dan bahu terasa sakit, mungkin itu menjadi penyebab utama aku tidak juga mahu memejamkan mata. Bagus. Teruskan usaha kamu..
Jom ronda-ronda.
Hari ni, banyak tempat aku kena ronda.
Jam 7 pagi, dah terpacak kat depan KK Gemas. Puncanya, aku di kehendaki buat medical check up. Tapi tak dapat buat pun. Sadis betul. Katanya hari Selasa atau Khamis, datang balik. Baiklah. Itu pun kalau aku memang tak de keje nak buat. Kan?
Jam 9 pagi, terpacak depan mahkamah plak. Dan mengangkat ikrar sumpah. Bacalah aku ikrar sumpah depan majistret. Adeh! Pengalaman pertama aku angkat ikrar bagai ni. Rasa nak ketawa terbahak-bahak pun ade. Mana taknya, serius je baca ikrar.
Jam 12 tengah hari, kat Melaka. Bagus. Ronda satu Malaysia aku nanti. Nak buat apa kat sini? Biasalah, urusan anak-anak.. Haha. Mama ngan Papa kena lah penat sikit.
Sekarang, masih di sini. Melihat en. Hati tidur nyenyak disebelah.
Ilmu yang datang dengan pengalaman.
Pengajaran pertama.
Berjumpa seorang makcik di KK Gemas. Sangat sweet makcik dan pakcik ni. Naik motor sama-sama. Kami sama-sama menunggu suami menjemput. Katanya rumahnya dekat aje. Kalau nak berjalan kaki pun boleh. Tapi suami cakap takut jatuh kalau jalan jauh-jauh. Terasa sangat sweet suami makcik ni.
Adakah aku dan suami akan dapat meniti usia tua bersama-sama. Teringin nak naik motor sama-sama masa usia tua nanti. Menghabiskan sisa-sisa usia yang berbaki dengan suami tersayang.
Wah! Mengelamun nampak.
Pengajaran kedua.
Tak semua benda boleh main-main. Tak semua perkara aku kena lalui dengan senyum. Kekadang serius itu perlu. Senyum simpul. Terutamanya di Mahkamah. Wah! Seram aku tengok. Serius je. NAsib aku tidak dianugerahkan bekerja di sini. Alhamdulillah. Ketawa.
Pengajaran ketiga.
Ade suatu cerita yang aku dengar. Dan aku segera membayangkannya. Tapi, realitinya, lain sungguh dari imaginasi ku. Senyum simpul. Apabila mendengar cerita seseorang, jangan cepat membayangkan macam mana rupanya. Tunggu dan lihat sendiri. Kekadang imaginasi kita adalah lebih luar biasa dari realiti. Haha. Ini adalah pesanan untuk diri sendiri yang memang kuat berimaginasi sendirian. Ketawa sopan.
Jam 1 pagi.
Sudah masanya untuk melelapkan mata.
Selamat malam, Malaysia...
Nota Pinky ;
"Nama anak ketiga perlu di cari segera. Senyum. Apakah nama yang elok untuknya.. Seperti Aqeef, aku harap dia dapat menjaga ku dengan baik. Amin."
4 comments:
banyak perjalanan luas pemandangan..hehe..
salam..em rsenye adiah kamu rituh kan x smp sbb kmu bg alamat rumah tu salah sbb xde nombor rumah..hehe,,,so org tu x tau nak bagi kt mane...
sbb tu posmen pulangkan balik rituh....
lumut..
yeke.. hmm.. antar kt alamt barulh, boleh?
azuan..
byk pengalamn.. byk pentnya.. :D
Post a Comment