RSS

Tu lah padahnya.

Bangun pagi dengan terkejut.

Ada masalah yang terpaksa aku selesaikan nanti. Terasa ingin sekali memaki hamun si pembuat keputusan. Tidak berfikir panjang dan jauh. Asyik mahu semua orang menerima pendapat dia sahaja. Akhirnya, semua orang jugak yang susah.

Aku seorang yang degil. Keras kepala.
Tapi aku juga kekadang, mendengar dan mengambil pandangan yang disuarakan. Aku terfikir, sesekali apa salahnya kita mendengar pandangan orang. Mengambil nasihat yang diberikan. Bukankah hidup ini indah jika kita sama-sama berkongsi?

Mengeluh perlahan.
Masalah yang timbul harus juga diselesaikan. Tak pe. Pasti semua yang berlaku ada hikmahnya. Kan?
Tapi itulah padahnya jika tidak mahu langsung mendengar pendapat orang yang berpengalaman. Aku bukan mahu berbangga. Tapi perkara yang salah tu, tetap salah. Lain kali kalau orang perbetulkan, tolong terima dengan otak yang terbuka.
Wah! Aku membebel laa plak. Senyum.

Jom selesaikan kerja. =)
Sebelum semua orang kelam kabut dan mintak macam-macam. Haha.




Coretan Pinky ;
"Degil boleh. Tapi biarlah berpada. Senyum. Hidup perlu pandangan yang terbuka. Tapi kata Ustaz Piee, kalau umur 24 tahun tak berubah, sampai bila-bila pun susah nak berubah. Betul ke? Ntahlah.. Tapi kekadang ada jugak benarnya tu. Sama-samalah kita fikir. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS