RSS

Satu persatu menyusul.


Minggu pertama memulakan kerja.
Ya. Aku tidak menafikan bahawa kerja agak bertimbun. Tambah lagi, kerja yang aku tinggal dan tidak settlekan sebelum cuti tempoh hari. Padan muka dengan diri sendiri. Haha. dan dengan sedaya upaya aku ingin settlekan semuanya. Sebab Jumaat, mahu cuti. Boleh? Tak nak bagi? Aku peduli apa. Ketawa kuat-kuat.

Settlekan semua kerja dan cuti dengan aman. Jumpa Isnin minggu depan. Lalala~ Kerja jahat. Jangan tiru aku, tahu?


Jam 12.30 pagi.
Aku sedang menyenaraikan kerja yang harus disiapkan esok. Senaraikan siap-siap supaya senang aku langsaikan. Tak pening otak aku.

Rindu.
Aku tidak menafikan bahawa aku sangat merindunya. Siapa yang tak rindu suami oiii.. Senyum.

2 minggu.
Ya. Sudah hampir 2 minggu kami berjauhan. Tidak melihat satu sama lain. (Bukankah ayat itu mempunyai makna yang sama? Lantaklah.) Dan rindu ini, sudah membuak-buak. Dapat pahala tuuu rindu kat suami. Itulah indahnya sebuah perkahwinan.

Raya pertama bersama en. Hati, di Terengganu. Senyum.

Dengan komitmen kerja, masing-masing menjadi busy.
Tambahan kerja ku yang tidak menentu. Siang malam, pagi petang. Manakala tugasnya sebagai seorang guru menjadikan jadual kami memang tidak selaras. Tapi... Kalau jarang-jarang jumpa pun, ada baiknya.. Boleh saling merindui.. Ketawa gatal. Boleh?

Harap, masa cepat berlalu supaya kami punya masa untuk bersua muka. ;)





Coretan Pinky ;
"Esok skrip reading bersama hos Ustazah Pilihan. Harap berjalan dengan lancar. Amin... dan mahu jumpa en. Hati secepat yang boleh. Hmm.. Menongkat dagu sendiri."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: