RSS

pening dan sewaktunya dengannya.

semalam, aku pening. serabut. tak tahu nak buat apa. blur. otak beku. dan seangkatan dengan nya laa.. sebenarnya apa yang aku peningkan? aku pun tak tahu nak luahkan. haha. luah meluah ni, aku kurang pandai sikit. biasalaa.. bukan bidang aku.

hmm, tapi sekarang, aku rasa kembali ok. tenang. mungkin waktu untuk ku bertenang hampir mencukupi. haha. kekadang kita sepatutnya bagi diri sendiri tenang. dan bagi diri sendiri masa untuk mengawal semua keserabutan yang ada.

semalam, aku terasa mahu menangis. kerana mungkin tangisan itu akan membaiki mood aku. tapi aku kuatkan semangat. mungkin menangis saat ini tidak berbaloi. haha. mungkin ya. dan mungkin tak. tapi bila dah tua-tua macam ni, nak menangis pun rasa tak de air mata. ntah kemana hilang semua air mata pun aku tak tahu. may be semua nya telah kering.

hari ni, hari yang cantik. pagi yang indah. tariknya juga indah dan senang di sebut. 10hb 10 2010.. ada orang cakap kat aku, "hari ni, tarikh yang cantik 10/10/10 (sempurna). so buat laa yang terbaik ok.." aku hanya senyum membacanya. dan tidak membalas. membiarkan ia tergantung tanpa jawapan. bukan masa yang sesuai aku membalas kata-kata itu dalam ketenangan yang ada ini. hehe. kerana aku mahu berehat dan menenangkan diri. =)

hmm, bagi aku, tak yah tunggu tarikh yang cantik dan sempurna, tiap-tiap hari aku kena buat yang terbaik. haha. membangkang kata-katanya. suka hati aku la. aku punye pendapat. hehe. aku selalu berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri. tapi kalau tak baik jugak tu, nak buat macam mana. hehe. kan?

so, buat yang terbaik tetiap hari untuk hidarkan diri dari keserabutan yang ada. dan keserabutan yang ada, perlukan masa untuk diselesaikan satu persatu. agar diri kembali terurus dan cantik serta ceria seperti hari-hari yang lalu.

dan sekarang, aku sedang berusaha untuk menyelesaikan satu demi satu mengikut kehendak aku sendiri.

kata aku dalam hati, "suka hati aku laa.. aku punya pasal laa nak buat apa-apa pun. ko pe hal..." tidak ku luahkan. kerana ia memang tak elok didengar oleh orang. hehe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: