RSS

dan akhirnya...

akhirnya aku berjaya jugak faham macam mana nak buat apa yang Ustaz Hashimi mahukan. gembira tak terkata. semalam, pagi tadi, tengah hari tadi, petang tadi, kepeningan aku terserlah. sekarang aku boleh menarik nafas lega, kerana aku sudah pandai menggunakan teori-teori yang di ajar.

thanks kepada cikgu-cikgu yang bersusah payah mengajar aku subjek ni. lalalala~ rupanya banyak lagi perkara yang perlu aku tahu dan belajar. terasa masih lagi keanak-anakan.. hehe.

dan keserabutan yang ade makin berkurang.. dan berkurang.. dan berkurang.. time serabut gini, tak boleh duduk tempat orang ramai. bisanya aku memarahi semua orang.. hihi. so duduk kolej, di meja study, di atas katil kesayangan, berbantalkan 6 biji bantal yang empuk, dengan comforter nya yang menyamankan hati. wah! terasa mahu tidur dengan segera..

itu bagusnya tinggal di kolej. segalanya disediakan. dan kita datang hanya membawa barang dan apa yang perlu sahaja. aku suka tinggal di asrama.

dan akhirnya sampai sekarang, aku masih tinggal di asrama. darjah umur 12 tahun sampai 26 tahun aku masih tinggal di asrama. apa yang ada pada asrama pun aku tak tahu. tapi aku sukakannya. mungkin kerana aku tidak perlu susah-susah memasak, hanya makan apa yang orang sediakan.. haha.

tak malu!

tak kesah pun. janji aku happy dan hidup aku bahagia. aku tak suka kedamaian aku di curi. hehe. mungkin sebab itu, aku lebih suka berada di asrama.

ntah bila nak balik rumah. rindukan mak. asyik menghabiskan masa di asrama, tanpa ibu ayah.. itu yang susah tu. keinginan mahu belajar lebih tinggi dari segalanya. hmm, sampaikan aku tak sedar umurku makin lama makin tua.

=)

tak kesah. sebab seseorang berhak buat apa yang dia suka tanpa sekatan dari sesiapa. melainkan itu menyalahi syariat agama.

nak sambung buat asigment balik. masa dah makin suntuk ni.

senyum pada diri sendiri agar terus bersemangat. =) wink3*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

~fais~ said...

heheehehehehe
sy pon nk happy cm awk..

piNky LuCiA said...

hehehe.. jom kita hepi sesama.. =)