RSS

sesuatu yang menyerabutkan otak

ke"busy"an aku semakin lama semakin bertambah. kekadang ada jugak menurun. tapi still busy. cuti pun, sehari.. nak balik rumah mak pun tak sempat. jauh di sudut hati ini, terasa rindu pada kampung laman. tapi tak pelaa.. ku tahan dulu..

hm, dia sering bertanya, mengasak persoalan demi persoalan, kekadang kami bergaduh dek kerana ke"busy"an aku. aku tak nafikan. aku memang busy. aku memang tak de masa untuk nya sekarang. tapi aku hanya diamkan diri. kekadang jawapan yang aku berikan membuatkan keadaan makin panas.

sejak kebelakangan ni, hanya itulah isu yang sering kami gaduhkan. yang sering dipersoalkan oleh nya. sehingga kekadang aku menjadi bosan untuk menjawab nya. sehingga aku naik marah. dan kekadang aku terlalu berterus terang.

hmm.. dek kerana terlalu berterus terang, kekadang mencari nahas dan keadaan makin panas dalam hubungan. tapi teringat kata Kak La, kalau tak bergaduh sampai rasa macam nak cekik-cekik dia, kita tak kan boleh hidup dengan dia lagi. so kalau nak teruskan hubungan, bergaduh dulu, tengok dia tahan ke tak ngan kita masa bergaduh. kalau dia boleh tahan, maka masa-masa akan datang, dia dapat tahan laa tu ngan kita..

hmm, kekadang bergaduh ni, menyesakkan minda jugak. hari yang penuh dengan matahari pun boleh jadi suram sebab bergaduh. mana tak nya, kita asyik fikirkan kesedihan je. adeh.. bahaya jugak. ia mempengaruhi kehidupan seharian ku.

tapi perkara yang paling best ialah selepas bergaduh mesti angau balik. haha. pelik betul. boleh plak lepas gaduh, selesai gaduh, aku senyum dan ketawa sorang-sorang. mana tak nya, kekadang bergaduh perkara yang tak logik pun. macam budak-budak pun ade.

tapi, selalunya lepas gaduh, comfirm ketawa. terasa bahagia plak. adeh. tapi katanya, kalau nak bergaduh pun, carila masa yang sesuai. masa yang cantik. macam semalam, bangun pukul 3.15am, semata-mata untuk bergaduh. aduhai. terasa macam tak de keje pun ade. huhu. lain kali, kalau nak bergaduh, set masa yang sesuai. agak-agak kena buat appoinment dulu ke.. huhu..

hmm.. persoalan yang timbul dalam diri aku sekarang, syok ke bergaduh?

jawapannya, serabut otak. kalau sekali sekala, boleh laa.. kalau asyik bergaduh, naik boring jugak. hahaha. so bergaduhlaa ala kadar. jangan selalu-selalu. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS