hari-hari berlalu dengan cepat. tanpa aku sedar. tanpa aku perasaan dah masuk minggu ketiga aku di sini. bersama 10 Imam Muda. hmm, nampaknya banyak lagi yang perlu aku pelajari. sebab masih banyak yang aku belum tahu. sama ada ilmu dunia mahu pun ilmu akhirat.
kekadang aku rasa, sangat bertuah. dan aku rasa, macam Allah telah memilih aku, untuk mengetahui tentang semua ni.. alhamdullillah, ku panjatkan segala kesyukuran ku pada Ilahi. mungkin masa yang ada ini, harus aku manafaatkan dengan sebaik yang mungkin. mana mungkin lain kali, aku akan berkampung di Masjid Wilayah ni lagi.
peluang berada di masjid, bukan peluang yang mudah untuk didapati. tapi, kekadang aku seolah-olah melepaskan peluang yang ada di hadapan mata. mungkin kekadang aku sedikit alpa.. tapi alhamdullillah. segalanya berjalan dengan lancar. itu semua bantuan dari Allah Taala.. ku sujud syukur padanya..
dan akan ku manafaatkan masa yang ada ini, dengan sebaik-baiknya. supaya aku tak kan menyesal suatu masa nanti.. ya Tuhan, alhamdullillah, syukur pada mu..
Dugaan.
6 years ago