RSS

cinta itu indah..tapi...BAHAYA!!

aku menaip entry ni, sambil mendengar nyanyian bro Sham.. sedap jugak suaranya.. lalalala~ tapi dia hanya nyanyi untuk orang-orang yang pegi oversea je.. hohoho.. ;(

hmm, aku pun tak tahu kenapa tergerak hati nak membicarakan pasal cinta.. aku bukan laa dr.LOVE untuk mengomen pasal cinta yang hadir dalam dunia ni.. tapi aku cuma teringat kata-kata dan pesan mak je..

mak kata, cinta saje tak cukup untuk seseorang itu hidup dalam dunia ni..

mak jugak kata, kalau kita kawin atas dasar cinta, boleh.. tapi biarlah cinta itu dengan ada nya duit, money, wang...

mak kata, mak bukan suruh anak mak cari orang yang kaya. tapi mak pesan, duit bukan segala-galanya dalam dunia ni.. tapi kena ingat, segala-galanya memerlukan duit.. tak de benda yang tak perlukan duit...

kalau hidup, tak de makanan, tak de minuman, tak de pakaian, merempat sana, merempat sini.. mana nak bahagia macam tu.. mak suruh fikir... fikir dalam-dalam... sebelum bertindak...

tapi mak jugak kata, mula-mula kawin memang susah.. tapi kita kenalaa pandai sesuai kan diri.. hehehe.. kekadang kekuatan cinta yang ada menyebabkan kita dapat bertahan dari apa badai yang melanda..

jadi mak pesan lagi, jangan sukakan seseorang kerana duit dia.. sebab kelak, yang kita dapat hanya duitnya.. jangan suka kan seseorang sebab dia hensem, sebab kelak hensem tu, kita dah jemu tengok..

suka kan seseorang kerana dirinya.. sebab dirinya paling berharga.. kerana dalam dirinya ada 1 sifat yang mungkin kita senangi.. dan mestilah cari akhlak yang terpuji yang berada di sudut jiwa seorang yang kita sukai..

dan 1 lagi pesan mak, jangan letak syarat bila kamu sukakan seseorang.. sebab syarat itu amat menyusahkan kamu.. kerana cinta tak memerlukan syarat untuk dipenuhi..

kini, aku faham.. cinta itu amatlah indah.. tapi awas.. ia BAHAYA jika kita tak tahu control kan keadaan yang ade..

lalalala~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS