RSS

artiskah aku?

terfikir aku tentang diri ku.. aku hanya wanita biasa yang hanya punya kehidupan biasa.. kedudukan aku juga biasa-biasa. makan ku biasa-biasa. dress up ku jugak biasa-biasa bagi ku. aku juga seorang wanita normal seperti orang lain.

yang hanya membezakan aku hanya lah umur ku yang tua.

26tahun. mungkin bagiku, masih muda. masih mahu mempelajari selok belok dunia yang serba mencabar. masih mahu menerokai dunia yang luas. masih mahu pergi sejauh mungkin yang ade. dan aku berjanji pada diri ku, akan ku cuba segala yang tak pernah aku cuba.

mungkin aku sedikit JUMUD. kerana aku hanyalah wanita yang tinggal di pedalaman yang jauh dari kota. tapi perlu di ketahui, aku juga seorang yang terbuka.

adakalanya, hanya aku seorang ustazah, tak perlulah aku menutup kan fikiran aku. mungkin dari segi kemewahan hidup, tentang IT, tentang dunia tanpa sempadan, aku sedikit ketinggalan. kerana di kampung semua itu tak pernah wujud.

tapi, jangan kamu menilai seseorang berdasarkan apa yang kamu lihat.

pernah juga aku terfikir. seusia ku 26tahun, adakah aku kesah dengan kata-kata manusia? dulu, mungkin ya. sekarang, mungkin tak. kenapa dan mengapa. aku sendiri ade jawapannya.

entah! aku kekadang tak memahami diriku.

aku bukanlah seorang artis untuk dinilai. aku juga bukan seorang selebriti untuk dilihat. aku hanya diri aku. dan aku tahu, aku hanya perlu menjadi diri sendiri. sebab aku dah penat hipokrik. so apa yang kamu lihat, itu lah aku luar dan dalam.

hipokrit adalah satu perkara yang memenatkan. so aku nasihatkan, jangan lah kamu mengamalkannya.. siapa yang sokong aku, sila berdiri selama 5 minit.. (hahaha. gelak evil.. lalala~)

bagi ku, yang penting sekarang adalah aku senang dengan life aku. problem? aku selesaikan sendiri.. susah? akan ku tanggung sendiri. senang? memang aku rasainya..

yang penting aku menjadi diri sendiri. bukan hipokrit.. ;D dan aku bukan lah seorang artis. so, jangan pandang ku sebelah mata.. lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS