RSS

perempuan salah? lelaki.....

semalam.. aku ditanya soalan yang biasa ditanya oleh semua orang pada aku. macam biasa lah.. jawapan aku tetap sama seperti sebelum-sebelum ni. TAK. satu jawapan yang cukup mudah. dengan jawapan tak semua orang boleh faham.

tapi apa peliknya kalau perempuan tak pandai masak? pelik sangat ke? aku memang tak setuju sejak aku di sekolah menengah lagi. aku pun tak tahu kenapa. tapi yang aku tahu, dunia sekarang dah moden, so biasalah kalau perempuan tak pandai masak. aku memang mengaku. aku jujur. kalau lah seseorang nak memperisterikan aku, 1st aku akan berterus terang, memang memasak bukan bidang aku.

sekarang aku dalam training. semua aku kena belajar. sebab aku tak de pengetahuan or pengalaman langsung pasal training aku. means.. aku ngah belajar benda baru. masak? dah 3 hari aku kat kL, sehari pun dapur tu tak berasap. aku tak tahu nak makan apa. setakat paprick, tomyam, sayur campur, ikan goreng, telur goreng.. hmm.. tak nak laa aku masak. dahlah stay sorang-sorang... tak de feel langsung nak makan..

so, aku tak berkesempatan lagi untuk belajar masak. dari kecik ada kat asrama. darjah 6. so tak de dah nak belajar masak. masuk tingkatan 1 sampai upper 6, aku kat asrama lagi.. balik sekali sekala, apa aje yang aku sempat belajar. menu macam aku sebut kat atas tu laa.. huhu..

then masuk diploma.. sekali lagi aku stay kat asrama. sekarang aku degree.. haa.. kat asrama lagi. balik pun 2 minggu. nak belajar masakan pelik-pelik macam nasi ayam or nasi beriani or nasi minyak.. tak sempat pun. masaklaa aku ala kadar dengan kadar yang aku mampu. itu boleh dikira pandai masak tak? bagi aku, tak.. sebab itu lauk basic je.. kan?

so selama lebih kurang 15 tahun aku kat asrama, apa aje yang aku pandai? masakan yang basic saje.. aku tak kesah apa orang nak kata. kalau isteri tak pandai masak, suami lari. ish.. bagi aku, tugas isteri memang untuk jaga suami. tapi suami pun kekadang tak pandai jaga isteri. kenapa isteri juga yang dipersalahkan??

kalau perempuan tak tahu masak, aduh bising, bingit telinga. ade tu yang siap geleng kepala lagi. terutamanya lelaki. dia nak isteri yang pandai masak aje. pastu yang cantik. tapi dia pandai apa? tak tahu apa-apa..

aku tak kesah kalau seorang lelaki tak pandai masak. tak pandai serba-serbi. tapi aku lebih kesah kalau si lelaki tak dapat jadi imam dalam keluarga. kalau perempuan tak pandai masak bising. tapi lelaki, boleh ke jadi imam sewaktu solat. boleh ke jadi imam dan berjemaah dengan isteri dan anak-anak kat rumah?? tepuk dada tanya iman..

kalau dia seorang lelaki yang boleh jadi imam, aku benarkan dia bising kalau isterinya tak pandai masak. kalau dia tak boleh diharap langsung pasal bab-bab agama, better jangan bising.

aku emo? ye! aku marah? ye! sebab selalu nya masyarakat sekarang hanya memandang apa yang perempuan buat. bukan apa yang lelaki buat.

bagi ku, tanggungjawab lelaki adalah sama dengan perempuan. so apa salah kalau suami isteri duduk satu rumah, masak sama-sama, duduk dapur sama-sama. tolong menolong. itu tak kan menurunkan ego. tapi itu membuatkan rumah tangga makin harmoni. isteri pun senang nak dengar cakap suami yang macam ni. Rasullullah pun buat macam tu.. ;p

so pandai masak atau tidak itu tidak menjadi masalah. sebab lama kelamaan aku memang kena belajar jugak. untuk aku masak untuk diri sendiri. aku memang nak belajar. tapi bukan untuk orang lain. tapi untuk diri sendiri.

lelaki tolong jangan tanya awekss kamu pandai masak atau tidak jika kamu tak boleh menjadi imam dalam solat kepada mereka kelak. no alasan-alasan ye.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

22 comments:

Anonymous said...

ko x pandai masak kan?
takper2 bukan awek aku
hahaha

biasa org belajar masak lepas kawen ler

piNky LuCiA said...

eleyh.. aku tak nak jadi awek ko.. ;p

hahaha.. yeke org belajar masak lepas kawin? hahaha.. tak pelaa.. aku belajar masak sebelum kawin.. lalala~~

-eLyNhere- said...

wahhh setuju la!

klu xleh jd imam jgn nk demand tgi2 eh? haha klakar...

nasib aku pandai masak.. masak puding caramel. ari2 mkn tu je lalu x? haha. =P

piNky LuCiA said...

ely..
kalau tetiap hari masak puding.. tak takut gemuk ke? hehehe..

Jard The Great said...

aku pon tak pandai masak.. huehehe.. lps kawen pandai la tu.. cam mama aku.. rilek2 jaa bg makan bapa aku telur rebus ja memanjang lepas kawen.. ahaha

Lyaa Suriany said...

waaaaaaa
setuju2
sbb lya pn xpndai masak gak
haha

piNky LuCiA said...

hahaha.. telur rebus ke? tak kan tetiap hari telur rebus kot... hahaha.. mak ko kelakar laa jard.. hahaha

piNky LuCiA said...

lya..
kita sama laa lya.. aku ingat aku je tak pndai.. hahaha.. selamat laa dunia.. lalalala

lanz_evo7 said...

aslm..
ak rasa jarang la bakal suami tanye kt awekz dia tentang pandai masak or x? maybe ada la tpi x semua.laki akan makan pe yg isteri nye masak ak rasa.
kalo ak..suka isteri yg pandai menjaga hati mertua.huhu

i'msosupernotcool said...

xnak la jadi awek ko..
erkk..
haha..

normal la gurls x pandai masak..
zman moden kan..
aku lebih prefer isteri yang boleh ajar anak aku ngaji..
wow..

cikguazrul said...

hehe.. betul kata lanz tu.. pempuan kena pandai masak.. kna jg hati suami n mak tua.. hahaha.. lg2 mkn yg is3 msk, hmmm msti best bg si suami n btmbh syg.. hehe

piNky LuCiA said...

lan..
tapi aku tak pernah jumpa lelaki yg tak pernah tanya aku pndai masak ke tak. klau kawan2 aku tu..memang semua tnya laa..

isteri je ke kena pndai jaga hati mak mertua.. suami plak macam mana?

piNky LuCiA said...

imsosupernotcool..
aik.. patutnya suami isteri 2 2 kena pndai ajar anak ngaji.. mana ley suami je..

atk tak setuju! hahaha

piNky LuCiA said...

cikgu azrul..
habis tu.. suami buat ape je? semua isteri je kena buat ni.. tak kan suami nak goyang kaki je?

suami isteri kena sama2 pndai.. aku tetap dengan pendirian ku.. :D

Firol said...

kena tanya...masakan air tangan ibu pegerat rumahtangga...

lelaki pun kena leh jadi imam...bagi penyeri keluarga

piNky LuCiA said...

setuju dengan firol.. 2 2 kena seimbang.. baru rumah tangga bahagia.. hehehe

Anonymous said...

hauhauhauah...sini pon ko ada ah fatt ye..
mmg pat pat siku lipat tul ko nih...muahahahahahahhahah;)

tkpe..aku pon tk pndai sgt tp akt least kite leh cube..bljr la kan....???heeeeeeee

xoxoxxo

piNky LuCiA said...

ahfatt memang sll menyemak kat sini pun.. hahahaha

aa tak pndai tak pe.. tapi yang penting belajar dulu..

setuju3.. ngeh3

Hanis Amanina said...

dua2 x hebat sgt memasak. pastu gi dapur masak same2. cam sweet je. haha

piNky LuCiA said...

nina..
hehehe.. aaa macam sweet je.. sedap ke tak, sama2 makan.. hahaha.. nnt kalu tak sedap sama2 ketawa.. hahaha

cikguazrul said...

lelaki pndai dlm bidang lain.. ehehehe

piNky LuCiA said...

lelaki pandai dalam bidang ape tu??? hehehehe