RSS

jangan rindukan aku

setelah aku berfikir. dan berkira-kira. aku membuat keputusan. aku ingin mengambil cuti daripada dunia blog.

kamu mesti tertanya-tanya kenapa.

jawapanku.. entahlah..

aku hilang mood untuk seketika. dan aku tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun yang berkenaan dengan dunia blog or blogger-blogger hit.. hot.. tak hit.. tak hot..

mungkin juga aku sudah penat. or mungkin juga aku telah kehilangan idea untuk menulis. or mungkin juga aku sudah bosan dengan dunia maya ini. aku pun tak tahu apakah sebabnya..

lama aku termenung.

entah~!

aku tak temui jawapannya.

aku menjadi keliru.

apakah sebenarnya yang aku mahu?

mungkin jawapannya ada. cuma aku yang masih belum nampak akan kesahihannya...

aku pohon maaf andai aku terkasar bahasa, tersilap bicara, terover mengata, terlazer mengutuk, semua harap di maafi...

=) jangan rindukan aku. kerana ia tidak ade faedahnya, hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS