RSS

ujian pada diri

kenapa orang selalu saje nampak kelemahan orang lain berbanding kelemahan sendiri???

siapa dapat jawab? angkat jari..

aku bukanlah mahu mengutuk. tau mahu mengata sesiapa pun. tapi yang aku mahu kata kan ialah.. aku kekadang sangat atau agak sedih jika diri sendiri tak nampak kekurangan diri.. tak nampak kelemahan diri. dan asyik menganggap diri sentiasa bagus..

aku memang ade berjumpa dan berpengalaman dengan orang macam ni.. dan kali ini.. aku terserempak lagi.

rasa tak puas hati itu memang kadang2 bersarang dalam diri seseorang. dan rasa tak puas hati itu akan turun ke hati dan kekadang menjadi raja kepada hati yang lembut.

tapi rasa tak puas hati tu.. boleh je kita simpan.. atau direct aje dengan si pemilik badan.. hehe.. itu lebih senang..

tapi rasa diri baik bagus tu.. memang susah nak buang.. itu aku tahu. kerana aku berpengalaman. kata ustaz PIEE.. itu adalah rasa ujub dan lambat laun ia akan menjadi sifat takbur dalam diri. hmm..

aku pernah ade perasaan ujub. susah mahu membuangnya. tapi aku banyak belajar dengan masuk kelas2 motivasi. berjumpa dengan motivator. atau sentiasa berfikiran positif..

masih teringat perangai aku sewaktu dulu.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. berapa banyak negetif daa... hhuhu.. tapi makin banyak fikiran negetif dalam diri.. makin kuat kita tak puas hati pada orang.. makin tinggi rasa ujub itu dalam diri.. benarkah?

sila uji pada diri anda sendiri.

so pesanan aku pada sesiapa yang pernah berlagak bagus.. pernah berlagak baik.. pernah rasa diri nya lebih baik daripada orang lain (dari sudut memperlekehkan orang).. baik bertaubat dengan sebenar2 taubat..

# Prof Izzi selalu kata dalam ranacangannya.. selamat beramal..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

joegrimjow said...

kalau berlagak bagus
maknanya diri tak bagus

hajarus said...

salam... lumrah kehidupan kutt... hehehe....

anyway, leh tak hajar dapatkan email add coz skang hjr dah private blog so nak invite pinkylucia... sudi2 lah ek.. :D

Jard The Great said...

aku setuju dgn joe.. ehehe..

salam singgah dari ku ;p

piNky LuCiA said...

mermaidlucia@gmail.com..

patut laa tak dpt masuk.. huhu.. nape hajar private kan?

piNky LuCiA said...

ye ke joe macam tu.. kau biar betul.. huhu