kali pertama pandang, kita semestinya mempunyai tafsiran dalam kepala otak kita ni.. tapi adakah 1st impression ni kita akan kekal kan dalam kepala yang dia memang selamanya begitu?
kata orang, 1st jumpa kita tak boleh judge lagi. kita mesti kenal dia. tahu hati budi dia. tahu sikap dan perangai dia. tapi 1st impression ni bukankah ia penting kepada diri kita?
1 topik yang sangat menarik apabila dibincangkan.
dan topik ini terungkap di dalam kelas KDO.. aku banyak belajar dari Prof Megat. terima kasih Prof Megat atas semua ilmu dan idea2 yang telah dicurahkan.
sejauh manakah 1st impression penting dalam hidup kita.? aku pun tak tahu nak kata. sebab ia sangat abstrak untuk di nilai. lagi2 ia berkenaan individu lain.
tapi aku tak nafikan bahawa aku memang ade menilai seseorang jika kali pertama jumpa. tapi penilaian itu aku tak pernah simpan di dalam otak aku. apabila di tanya sebab nya.. aku pasti menjawab, aku tak kan dapat kenal seseorang dengan 1 kali lihat. begitu juga aku tak kan dapat cam muka seseorang dengan hanya sekali jumpa. ia perlu berulang kali jumpa dan lihat baru aku dengan rela hati meletakkan muka nya di dalam kepala otak aku.
kalau just sekali jumpa, aku memang mintak maaf dari tuannya, aku tak kan dapat cam dia untuk kali kedua. dan dia pasti kena kenal kan diri dulu kepada ku. itulah aku.
tapi bagi sesetengah orang, mereka akan menyimpan 1st impression tu.. dan penilaian demi penilaian akan di buat dalam dirinya dan penilaian akhir akan kata, "owh, dia ni begini.." atau "owh,dia tu begitu.." tapi ia tak pernah berlaku pada aku.
ade orang kata pandangan pertama adalah penting. bagi ku, ia tak penting. aku mengutamakan hati budi dan kebaikannya bukan dengan hanya sekali pandang. means... aku tak kan jatuh cinta pandang pertama laa ni.. hehe
yup. betul. dalam bab percintaan pun aku tak kan jatuh cinta pandang pertama. kenapa dan mengapa? sebab bagi aku, cinta adalah memberi dengan rela dan ia mesti dipupuk. bukan dengan sekelip mata.
eh, apa pulak cinta2 ni..
so, sesetengah orang kata, 1st impression amat penting. tapi bagi aku tak. sebab yang penting akhlak nya bukan cantiknya dia atau handsome nya dia..
so anda macam mana? pentingkah ia? atau sebaliknya?
Dugaan.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment