Entah kenapa sejak kebelakangan ni, aku suka benar bersembang dengan orang yang lebih dewasa. Dalam erti kata lain, bersembang dengan makcik atau pakcik yang sebaya dengan ibu bapa ku.
Kekadang aku tidak tersedar masa yang berlalu kerana tersangat asyik. Adakah ini hobby baru ku?
Abaikan.
Perkara yang aku belajar hari ni.
Jangan perlekehkan orang walaupun dia hanyalah tukang sapu. Lihat secara positif perkara yang berlaku Di depan Mata kita.
Perbualan ini menyedarkan aku tentang satu perkara. Kita perlu sentiasa melihat kebaikan orang lain dari segenap segi.
Nota Pinky ;
"Terasa sekejap je masa berlalu. Mahu cuti lagi boleh ke. Haha."

Pakcik ; "Saya bertemu dengan seorang doctor yang sangat hebat mengalahkan doctor-doctor yang ada dihospital seluruh dunia."
Aku ; "Yeke.? Doctor apa tu.?"
Pakcik ; "Doctor haiwan."
Aku ; "Hah?"
Pakcik ; "Saya cakap Dia sangat hebat Sebab tanpa pesakit memberitahu dia sakit apa, doctor dah boleh bagi ubat. Dengan melihat saja dia dah tahu, pesakit tu sakit apa."
Aku ; (Mengangguk dengan penuh Confuse.)
Pakcik ; "Along(kata ganti nama aku dikampung) pernah ke jumpa doctor kat hospital yang tak tanya pesakit sakit apa dah terus dapat ubat."
Aku ; "Tak."
Pakcik ; "Doctor haiwan, dia takpayah tanya lembu, kambing, biri sakit apa. Hebat dia. Kita kalau masuk bilik doctor, doctor tanya dulu sakit apa kan.."
Aku ; "A,a."
Pakcik ; "Setiap orang ade kehebatan masing-masing. Cuma kita je yang jarang nampak. Yang kita nampak, gaji je. Tak nampak pun kelebihan lain."
Aku ; Mengangguk. Sekarang dah faham. Senyum.
Sekarang aku rasa, mata aku sedikit terbuka. Hm, tengok. Betapa halusnya pemerhatian orang dewasa.
Dan,
Allah itu Maha Adil. Nota Pinky ;
"Terasa sekejap je masa berlalu. Mahu cuti lagi boleh ke. Haha."
0 comments:
Post a Comment